Realtime website trackingweb stats

Selepas 6 bulan tak terima ‘job’ berlakon, aktor ini baru tahu kena sihir, rakan artis juga yang buat

Oleh ADINDA

Selepas 6 bulan tak terima ‘job’ berlakon, aktor ini baru tahu kena sihir, rakan artis juga yang buat.

Pelakon, Raja Atiqullah, 23, mendedahkan selesai menjalani rawatan selepas disahkan terkena buatan orang kira-kira sebulan lalu.

Kata pelakon yang mesra disapa Atiq itu, rawatan tersebut adalah yang kedua dilakukan untuk memastikan dirinya bebas sihir tersebut.

“Keadaan ini (disihir) tidak membuat saya sakit, tetapi menghalang tawaran berlakon.

“Sebenarnya sudah lama saya terkena buatan orang. Cuma saya yang tak tahu.

“Enam bulan saya tak terima tawaran berlakon. Sebenarnya bukan saya tak mahu (berlakon), tetapi job memang tak sampai kepada saya.

“Selepas menjalani rawatan, baru saya tahu saya terkena buatan orang,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu menjalani penggambaran drama Hawt Fellas dekat sini baru-baru ini.

Atiq memaklumkan dia tidak mengenali siapa pelaku disebalik perbuatan itu.

Selepas 6 bulan tak terima 'job' berlakon, aktor ini baru tahu kena sihir, rakan artis juga yang buat.Pelakon, Raja Atiqullah, 23, mendedahkan selesai menjalani rawatan selepas disahkan terkena buatan orang kira-kira sebulan lalu.Kata pelakon yang mesra disapa Atiq itu, rawatan tersebut adalah yang kedua dilakukan untuk memastikan dirinya bebas sihir tersebut.

“Perawat ada memaklumkan yang menyihir saya adalah dalam kalangan rakan artis juga. Tapi saya tak tahu siapa.

“Industri seni kita tak sebesar mana. Saya tahu ada yang kurang senang dengan saya. Cuma saya tak mahu tuduh sesiapa.

“Alhamdulillah, saya bersyukur tawaran berlakon mula masuk selepas saya dirawat,” kongsinya.

Baca:

Kerap solat Subuh di masjid, hulur sumbangan buka puasa sunat, nazir cerita budi baik arwah YB Pelangai

Private Jet terhempas di Bandar Elmina, netizen rakam mayat terbakar

Nampak happy je, betul ke Ira Kazar dah hamil? Ini penjelasan Datuk Yusof Haslam