Bekas isteri pengarah terkenal Syamsul Yusof, Ira Kazar sudah temui penganti.
Dalam video yang dikongsi oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Ira mengakui bahawa
Dia sedang menikmati kehidupannya selepas hampir tiga bulan bergelar ibu tunggal.
“Contohnya, kalau ada orang cuba masuk meminang sekarang, adakah awak akan terima atau menolak?” tanya Aliff Syukri.
“Tak, buat masa sekarang saya tidak akan menerima pinangan.
Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang,” jawab Ira dengan tenang.
Ira turut berkongsi bahawa jika pada masa depan dia mempunyai teman istimewa, dia memilih untuk tidak mendedahkan hubungan itu kepada umum.
“Kalau ada pun (teman lelaki), saya tak akan tunjuk,” katanya sambil berseloroh.
Untuk rekod, Ira dan Syamsul bercerai talak satu pada September lalu, setelah melangsungkan perkahwinan pada 6 Januari 2023.