Selepas 2-3 bulan paras antibodi vaksin Pfizer, AstraZeneca menurun – kajian

Oleh ADINDA

Paras antibodi keseluruhan mula menunjukkan pengurangan 0.95 peratus (%) dengan imunisasi penuh vaksin COVID-19 Pfizer dan 1.54% AstraZeneca serta boleh berkurangan melebihi 50 peratus selepas 10 minggu, menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet.

Penyelidik dari Kolej Universiti London (UCL) di United Kingdom (UK) mendapati, jika paras antibodi berkurangan pada kadar terbabit, terdapat kebimbangan kesan perlindungan vaksin akan mula hilang terutama terhadap varian COVID-19 yang baharu.

Bagaimanapun, penyelidik berkata, secepat mana perkara itu boleh berlaku belum dapat diramalkan.

Baca Artikel Penuh