Selepas 15 tahun Aliff Syukri baru terbuka hati. Buat keputusan tinggalkan Malaysia bersama anak sulungnya
Usahawan kontroversi Datuk Aliff Syukri sebelum ini viral selepas menjual durian dengan harga murah hasil daripada ladang durian miliknya sendiri sehingga mendapat hasil jualan beribu ringgit dalam beberapa jam sahaja.
Rupa-rupanya dalam kemurahan hatinya, tiba-tiba dia mengumumkan akan meninggalkan negara bersama anak sulungnya sehingga mengundang hiba melihat tangisan anak-anak kecilnya yang lain.
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berkesempatan untuk menunaikan ibadah haji selepas 15 tahun tidak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah.
Bersama anak sulung
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Aliff memuat naik video bersama anak perempuannya Raudah yang dilihat menangis teresak-esak kerana tidak ingin berjauhan daripada ayahnya.
Aliff, 36, memaklumkan bahawa Raudah merupakan anak yang paling rapat dengannya.
Cinta hati pertama anak perempuan. Raudah dan Qadejah. Sebulan abah tinggalkan anak-anak abah.
Abah sayang anak abah semua. Sungguh sedih nak meninggalkan keluarga kecil bila saya menunaikan haji.
Banyak-banyak anak saya, Raudah paling manja dengan saya. Setiap malam tidur dengan saya. Saya tak tahu nak cakap macam mana rindunya dengan anak dara kecil saya.
Difahamkan, Aliff bersama anak sulung lelakinya, Ammar Ahyan pergi menunaikan haji.
Dalam pada itu, Aliff berharap agar Allah SWT melindungi anak-anaknya dengan baik semasa pemergiannya ke Tanah Suci Makkah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat gelagat si kecil Aliff yang enggan melepaskan pelukan daripada abahnya. Selain itu, terdapat juga komen yang mendoakan semoga Aliff mendapat haji yang mabrur.