Pernahkah anda mencuba campurkan kurma dengan mentega?
Petua ini sesuai untuk anda yang susah nak makan kurma atas sebab-sebab tertentu.
Melalui perkongsian Aqilah Nor, kaedah ini memudahkan beliau untuk makan kurma walaupun tidak tahan dengan kelebihan manisnya.
Caranya amat mudah, ambil sebiji kurma, buangkan bijinya dan letakkan mentega di tengahnya.
Namun, Aqilah menegaskan bahawa menu ini hanya sesuai dengan mentega atau ghee, dan elakkan menggunakan marjerin.
1 Ramadhan tahun ini anda boleh mencuba.
“Saya ni kalau nak bagi telan 3 biji kurma tu boleh, Cuma rasa ‘berat’ sikit nak habiskan.”
“Tapi, bila saya ambil kurma, buang biji, letak Unsalted Butter di tengahnya, lepastu makan.”
“Allahuakbar! 3 biji tu mudah je nak makan. Sampai rasa nak naikkan ke angka ganjil bilangan 7 biji kurma.
Suami saya pun baru berjinak sama. Dia pun nak makan kurma, cari butter.”
“Butter asli ni lemak yang baik. Jangan guna marjerin, ButterCup, sama sekali jangan!
“Yang tu tidak sihat untuk badan.”
Ada yang mengatakan, mengunyah kurma dengan Ghee adalah pilihan yang lebih baik.
Apabila dibandingkan antara mentega dan kurma Ajwa dengan Mariani, saya rasa lebih nikmat apabila dimakan dengan kurma Ajwa.
Saya mencuba untuk mencari asal-usul menu tamar dan mentega ini.
Siapa yang mencipta idea yang menakjubkan ini.
Sesuai untuk sesiapa yang merasakan susah untuk makan kurma kerana rasanya yang manis.
Hadis Nabi saw :
Maksudnya: Disabitkan daripada Baginda : “Bahawa Baginda saw memakan tamar dengan mentega, memakan tamar dengan roti dan memakan tamar sahaja”. (Hadis dikeluarkan oleh Abu Daud 3259, dan oleh Ibnu Majah 3434.
Dan saya menemui satu artikel yang menyatakan bahawa menu ini sudah wujud sejak zaman Nabi Muhammad SAW.
Saya fikir ini sesuatu yang baru, tetapi ternyata telah ada sejak lama.
Namun, pada zaman Nabi Muhammad, tidak ada mentega jenama seperti Lurpak, SCS, Westgold, Anchor.
Mereka membuatnya sendiri.
Mentega ini berasal dari lemak susu.
Ia boleh datang dari lemak susu unta atau kambing.
Semoga bermanfaat!
Baca:
‘Dia ingat kita tak boleh balas’ – Reaksi spontan pramugari ini buat penumpang nakal terkesima