Realtime website trackingweb stats

Selalu dikelilingi wanita, Hafiz Mahamad ingatkan isteri sentiasa check handphone

Oleh NUR KASIH

‘Influencer’media sosial Hafiz Mahamad berkomunikasi dengan isterinya, Syafiqah Aina.

Dia selalu mengingatkannya untuk selalu memeriksa telefon bimbitnya supaya tidak timbul masalah kepercayaan di antara mereka.

Hafiz berpendapat walaupun dia tidak melakukan perkara yang meragukan, dia ingin agar isterinya tidak terlalu mempercayainya secara buta-buta.

Selalu dikelilingi wanita, Hafiz Mahamad ingatkan isteri sentiasa check handphone

“Saya selalu beritahu Aina, ‘sayang, lelaki ini dekat mana-mana ujian dia adalah itu. Mungkin hati dia dan sebagainya. Tapi selagi abang bernafas, InsyaAllah akan jaga’.

“Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam itu, tolong tarik saya. Tapi saya usaha, kita tak tahu takdir Allah macam mana, ujian itu kita tak tahu dan sekuat mana orang lelaki itu boleh tempuh ujian itu.

“Walaupun saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘jangan percaya sangat abang, kena check juga… phone kena check’. Yela, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita.

“Walaupun saya tak buat pun, tapi saya nak dia check telefon supaya sekurang-kurangnya ada perasaan takut,” katanya kepada Gempak.

Hafiz ditemui pada malam Anugerah AINAA Super Seven Awards sempena sambutan ulang tahun AINAA yang ke-7 di Zepp, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pengguna internet memberikan nasihat kepada Hafiz supaya tidak mengkhianati isterinya selepas kontroversi tentang Aliff Teega yang mengakui telah berkahwin dua kali.

Baca:

‘Tolong parking tempat lain’ – Rupanya dah jadi trend orang flat bagi nota berebut tempat letak kereta

“Okay mummy naikkan …” – Untung Aaisyah apabila Che Ta bermurah hati bagi ini

“Saya rasa …” – Tunang tiba-tiba beli rumah sebelah rumah ibu sendiri, wanita dilema pilih kerjaya atau ikut kata pasangan