Realtime website trackingweb stats

Sekali tarik je terus tercabut, ini teknik buang tulang ikan kembung ramai tak tahu

Oleh SHAZLIN AZIZ

Ikan kembung adalah antara pilihan lauk yang popular di kalangan masyarakat Malaysia.

Namun, satu isu utama dengan ikan kembung adalah banyaknya tulang halus yang sukar dipisahkan.

Lebih merisaukan jika anda mempunyai anak kecil, kerana terdapat risiko mereka tercekik tulang jika tidak berhati-hati.

Dalam satu hantaran di Facebook oleh Nana Mea Soffea, beliau berkongsi solusi mudah untuk mendapatkan isi ikan kembung tanpa tulangnya.

“Nana ada cara mudah untuk buang tulang ikan kembung. Sekali tarik, semua tulang boleh keluar,” kata Nana Mea Soffea.

Sekali tarik je terus tercabut, ini teknik buang tulang ikan kembung ramai tak tahu

Prosedur membuang tulang ikan kembung.

Langkah-langkah:

1) Siang ikan seperti biasa, potong bahagian tulang yang menghubungkan badan dengan kepala. Kemudian bersihkan

2) Tumbuk badan ikan supaya tulangnya hancur-hancur

3) Picit bahagian tulang belakang dan tulang bahagian bawah ikan sampai ke hujung

4) Kemudian kepak atau patahkan tulang di bahagian ekor

5) Gunting tulang utama di bahagian leher ikan, pegang badan ikan kuat-kuat dan tarik.

Semua tulang ikan kembung akan keluar sekali pada masa ini.

Maklum balas netizen

“Bagus ada ‘jalan pintas’ macam ni, saya takut sikit nak guna cara manual cabut tulang ikan sebab dulu pernah tercucuk jari, sakit.

“Ikan kembung yang tiada tulang ni sedap kalau boleh goreng dan makan terus rangup-rangup, macam fish and chip versi Malaysia,” demikian kata sebahagian warga maya.

BACA: Baru tahu rupanya minyak masak terpakai boleh dicuci, ini teknik restoran terkenal guna