Seorang petani di Jogjakarta telah menarik perhatian pengguna media sosial apabila menggunakan aplikasi
Google Assistant untuk menyiram tanamannya, lapor portal berita Tempo semalam.
Dalam rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @txtfromjogja, lelaki tersebut dilihat
sedang ‘bercakap’ dengan telefon pintarnya.
“Baik Google, hidupkan paip,” kata petani itu.
Setelah mesej suara itu dihantar, paip yang dipasang di setiap tanaman akan menyemburkan air secara automatik.
Inovasi ini membolehkan dia mengawal kekerapan penyiraman air melalui arahan yang diberikan, tanpa perlu menggunakan tenaga dan mengambil masa yang lama.
Rakaman tersebut menjadi tular dan meraih lebih 956,000 tontonan. Rata-rata netizen terpegun dengan kemahiran petani tersebut.
“Ini petani moden. Cara yang tepat untuk memanfaatkan teknologi,” kata seorang netizen.
“Semoga ini dapat menjadi contoh kepada petani-petani lain,” kata netizen lain
BACA: Wanita kongsi tip cara nak segarkan dapur dengan guna 1 bahan sahaja berkilat!