Bahan berbahaya ini dengan tag line seperti ‘Sedut dulu, baru pergi sekolah’ patut diketahui ibu bapa untuk kerap buat ‘spotcheck’ terhadap anak mereka.
Sudah muncul trend pelajar termasuk murid sekolah rendah berdamping malah ketagih dengan alat yang merupakan permulaan untuk penggunaan vape malah dadah ini.
‘Energy stick’ hanya sebesar pemetik api tetapi penggunaannya amat berisiko untuk kesihatan jangka panjang.
Ini nasihat awam daripada Public Health Malaysia untuk perhatian dan tindakan ibu bapa dan keluarga:
Jolok hidung dan sedut‼️Ini adalah produk terbaru di pasaran yang mula popular di kalangan pelajar sekolah.
Ia dijual secara berleluasa dengan harga serendah RM2.50 – RM10 sahaja.
Produk penyedut hidung (nasal inhaler) ini dipromosikan sebagai produk untuk memberi tenaga dan memberi kesegaran kepada pengguna.
Ada penjual yang menggunakan tag line “Sedut dahulu, baru pergi ke sekolah”, “ Sedut dulu, baru mulakan kerja”.
Ia bersaiz kecil , hanya sebesar pemetik api, berwarna warni dan didatangkan dengan pelbagai perisa menarik.
Ada 2 corong yang muat ke lubang hidung dan boleh disedut melalui hidung terus ke paru-paru.
Jika diperhatikan, pengambilan produk ini sama seperti pengambilan dadah melalui hidung “snorting”.
Secara psikologinya adalah sangat negatif kerana mengalakkan pengguna untuk mencuba bahan bahan lain termasuk dadah.
Dari segi perubatan, pengambilan bahan kimia melalui hidung menyebabkan risiko kerosakan mukus didalam rongga hidung, luka, pendarahan dan jangkitan.
Alahan dan keracunan juga boleh berlaku kerana bahan yang digunakan tidak diketahui.
Bertambah lagi beban ibu bapa dan guru untuk memantau anak dari menggunakan barang ini.
Hentikan penjualan dan pembelian produk ini.
Baca:
Ramai puji PMX elak guna Mercedes kerana dipercayai bagi sumbangan kepada zionis Israel
Tapak rumah allahyarham Sudirman kini tinggal tangga sahaja
Kadang dia Aqilah, ada masa jadi Daus – Jenuh jurutera ini ‘berperang’ dengan diri