Pernah mencuba resipi viral Ayam Bakar Thai oleh Khairul Aming ini?
Sungguh sedap dan nikmat apabila dicicah dengan sos pedas.
Semakin banyak dibuat, semakin bertambah kesedapannya.
Seperti resipi ayam bakar yang lain, ayam bakar Khairulaming juga memerlukan perapan yang sesuai.
Biarkan sejenak untuk bahan perapan meresap ke dalam daging ayam.
Ada yang merendam ayam semalaman untuk rasa yang lebih menyeluruh.
Lebih nikmat dan memukau!
Anda boleh menyediakan ayam bakar ini dengan menggunakan arang, tetapi dengan zaman yang semakin moden, orang lebih suka menggunakan cara yang lebih mudah seperti menggunakan air fryer atau oven.
Jika tiada peralatan itu, bakar atas kuali anti-lekat juga boleh.
Ikut kesesuaian dan peralatan yang ada di rumah.
Tetapi jika ingin menikmati di tepi pantai, memang lebih baik menggunakan arang.
Resipi Ayam Bakar Thai ini dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Izz Aishah.
Sos pedas Thai nya pasti membuatkan air liur meleleh.
Cara penyediaannya juga amat mudah.
Bagi yang gemar makan ayam bakar, wajib mencuba resipi ini.
Pasti ingin mencuba lagi!
Bahan-bahan untuk perapan ayam:
Ayam:
• 5 sudu sos tiram
• 2 sudu kicap pedas Mahsuri
• Sedikit garam
• Setengah cawan minyak masak
• Bahan sos pedas Thai:
• 5 ulas bawang putih
• 6 biji cili merah pedas
• 3 biji limau nipis (diperah)
• 2 sudu kicap ikan
• 1 sudu sos tiram
• 3 atau 4 sudu gula
• Sedikit daun ketumbar (dihiris nipis)
Cara membakar ayam:
1. Campurkan semua bahan di atas bersama ayam dan perap selama sekurang-kurangnya 30 minit.
2. Selepas itu, panggang ayam menggunakan air fryer atau oven.
Jika tiada, boleh juga masak atas kuali anti-lekat.
3. Panggang sehingga benar-benar masak.
Cara membuat sos pedas ala Thai:
1. Tumbuk atau kisar kasar bawang putih dan cili merah.
2. Selepas itu, campurkan kicap ikan, sos tiram, gula, air perahan limau nipis, dan kacau bersama dengan daun ketumbar.
3. Gaul sehingga semua bahan bercampur rata.
4. Terakhir, tuangkan sos tersebut ke atas ayam yang telah siap dibakar sebelum ini!
Sudah siap.
Anda juga boleh bakar ayam ini dalam kuali non-stick.
Tiada masalah.
Ayam bakar ini masak dengan sempurna dan sedap.
Tambahkan juga sos pedas Thai untuk kesan lebih pedas dan masam.
Pasti akan membuatkan nasi menjadi lebih nikmat.
Selamat mencuba!
Baca:
Guna 3 bahan dapur ini saja, papan pemotong macam beli baru
Tak perlu lagi ke restoran mewah, senang rupanya nak buat ayam ala Kenny Rogers