Realtime website trackingweb stats

‘Sebelah ‘naga’ tu ada je bendera Malaysia’ – Terkejut lihat wakil rakyat ini memfitnah

Oleh ADINDA

Kenyataan seorang wakil rakyat dari Pas ini dilihat sengaja main isu perkauman apabila menunjukkan seolah-olah China menguasai perarakan naga di Melaka baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari hanya menyiarkan sisi ‘naga’ yang menampakkan bendera Republik Rakyat China sahaja.

Ekoran itu, dia yang juga Ketua Penerangan Pas dihujani kecaman kerana dilihat sengaja menyebarkan persepsi fitnah.

'Sebelah 'naga' tu ada je bendera Malaysia' - Terkejut lihat wakil rakyat ini memfitnah

Ikuti tulisan AHMAD MURSI ini mengupas sikap wakil rakyat berkenaan yang sengaja memainkan isu 3R (kaum, agama, raja) yang berisiko memudaratkan masyarakat dan negara:

Replika Naga 588 kaki itu direka khas sempena sambutan Ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Bendera Malaysia diletakkan di satu sisi replika Naga, dan bendera China di satu sisi lain. Boleh tonton di sini:

https://www.facebook.com/watch/?v=420865770281995

Ada wakil rakyat Pas hanya tunjukkan video yang menampakkan bendera China.

Banyak komen walaun di hantaran itu membawa mesej bahawa komuniti Cina di Malaysia tidak setia dengan Malaysia.

YB Pas itu sengaja membiarkan fitnah itu berlegar.

Replika naga itu diarak oleh 180 pelajar dari Negeri Melaka dan Negara China sebagai tanda persahabatan.

Pada 17 Januari lalu, Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa, 2024 adalah ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia – China.

Pemeteraian hubungan dua negara itu berlaku semasa PM Tun Abdul Razak dan PM China Chou En-Lai pada 31 Mei 1974.

Pelbagai program dirancang antaranya pertukaran lawatan peringkat tinggi, pengeluaran setem peringatan, forum perniagaan dan persembahan kebudayaan.

Strategi Pas memainkan isu perkauman dan agama akan meruntuhkan keharmonian yang telah dibina sejak sekian lama.

Baca:

Mengaku ‘Malaysian’ tapi tak reti BM, pasangan kantoi curi subsidi minyak kereta orang Malaysia

Baru tahu kenapa kekunci F dan J ada garis, menaip pun lebih cepat dan mudah

Warganet ingin tahu dari mana datangnya air bersih untuk Khairul Aming buat produk terbarunya