Realtime website trackingweb stats

Sebab tu baju lambat kering, rupanya ramai tak reti guna mesin dobi layan diri

Oleh ABDULLAH HAMID

Pakaian yang lembab selepas dibasuh boleh dihantar ke dobi layan diri untuk dikeringkan dengan mesin khas.

Namun, kadang-kadang pakaian yang dikeluarkan dari mesin pengering masih lembab walaupun sudah dibiarkan berputar sehingga selesai.

Melalui satu hantaran di TikTok oleh Cikgu Marwan, beliau berkongsi kesilapan lazim yang sering dilakukan

orang ramai ketika memasukkan pakaian ke dalam mesin.

Longgokan Baju

Sebab tu baju lambat kering, rupanya ramai tak reti guna mesin dobi layan diri

Menurut Cikgu Marwan, walaupun nampak melecehkan, anda disarankan untuk mengambil masa dan memasukkan pakaian satu persatu ke dalam mesin.

“Hamparkan baju dan susun supaya rata di dalam mesin. Jangan hanya longgok dan terus sumbat ke dalam mesin. Nanti susah nak kering kalau baju tu bergumpal,” jelas Cikgu Marwan.

Asingkan Jenis Baju

Tambah Cikgu Marwan, tidak semua jenis pakaian boleh dikeringkan serentak dalam satu mesin.

“Jangan campur semua baju. Asingkan jenis kapas dan jenis nilon yang licin kerana masing-masing memerlukan suhu berbeza untuk dikeringkan.

Jika baju jenis kapas, kita kena letakkan pada suhu tinggi, manakala baju jenis nilon pula perlu pada suhu sederhana,” terang Cikgu Marwan.

BACA: Guna je 3 bahan ini, pasti cepat mati rumput, tak perlu dah guna racun