Cermin diri sendiri sebelum mengata orang. Sungguh lucu pembangkang yg ada sekarang ini.
Ekonomi negara dikagumi dunia sehingga PM New Zealand, Christopher Luxon mengakui hadir bertemu PMX utk belajar bagaimana PMX menguruskan ekonomi negara.
Semalam pelbagai sindiran dilakukan pembangkang dgn mempersoalkan antara PMX dan Putin… siapa yg ingin bertemu siapa?
Isunya pertemuan itu utk mengeratkan lagi hubungan Malaysia dan Russia.
Putin sendiri memberitahu media dlm pertemuan bersama PMX antara dibincangkan utk memperluaskan perdagangan dgn Malaysia.
Siapa jumpa siapa itu tidak penting. Sdgkan kerajaan tidak mempertikaikan pertemuan pembangkang bertemu dgn Christopher Luxon. Samada pembangkang atau PM New Zealand mahu bertemu tidak penting.
Adalah perkara biasa pimpinan luar negara bertemu ketua pembangkang sepertimana dilakukan PMX sendiri. Jadi apa isunya skg?
i) Sebab itu pembangkang mesti selalu cerminkan diri sendiri dahulu sebelum mengata PMX. Muhyiddin selepas angkat sumpah sebagai PM terpaksa memperkenalkan diri kpd Presiden Indonesia, Jokowi.
Sdgkan PMX berpuluh ucapan tahniah diterimanya. Malah beberapa pimpinan dunia menghubungi sendiri PMX utk ucapan tahniah sdgnkan Muhyiddin terpaksa menghubungi ketua kerajaan dia adalah PM yg baru. Dunia tidak mengenali Muhyiddin!
ii) Begitu juga Hadi Awang berbanding dgn Anwar. Siapa pimpinan luar yg kenal Hadi Awang atau memberi penghormatan kpdnya? Sdgkan PMX disambut luar biasa oleh pemimpin2 dunia dan sepertimana dpt kita lihat, PM India, Modi.
iii) PMX tersenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh menerusi edisi terbaharu ‘The Muslim 500: The World’s Most Influential Muslim 2024.’
iv) PM New Zealand pun tidak bertemu Hadi Awang apatah lagi yg lain. Hadi Awang hanya hebat di kalangan org Melayu itu pun di negeri pantai timur sahaja.
Selalulah melihat cermin sebelum berkata kata, jgn2 menghakimi diri sendiri. Kata Umar Al Khatab, “Bila engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau hendak mencacinya…cacilah dirimu kerana barangkali celamu lebih byk darinya.”
Kerajaan yg baik kerana bukan sahaja kerana pasukannya hebat tetapi mempunyai pembangkang yg hebat. Pembangkang yg menjadi check n balance kpd kerajaan.
Tapi sayang isu yg dibawa isu Warung Kopi. Bersembang di kedai kopi sambil mengumpat. Yelah isunya ‘dengki’ PMX bertemu Presiden Putin. Penulis tidak sangka isu ini diungkit oleh pembangkang kerana sepatutnya berbangga pimpinan negara bertemu Presiden Putin.
Sehingga penulis terfikir jika begini corak pemikiran pembangkang, bagaimana nanti jika mereka menjadi kerajaan? Bila memerintah 33 bulan nyata mereka gagal hingga ramai menaikkan bendera putih.
Kata peribahasa, ‘Tidak tahu menari, dikatakan lantai jungkang jungkit’. Jika tidak tahu menguruskan negara jgn org lain dipersalahkan. Belajar2 lah sering melihat cermin.
Dalam parlimen merepek, di luar parlimen lagilah merepek. Yg menjadi mangsa adalah rakyat. Sebenarnya pembangkang takut populariti Anwar semakin mendapat perhatian dunia.
Nak nafikan ekonomi tidak boleh lagi sb pakar ekonomi dunia memuji negara kita. Dicari perkara karut marut sesuai dgn corak pemikiran penyokong2 mereka.
Penulis tertarik dgn komen Wan Fayhsal yg begitu berbangga dgn pertemuan Christopher Luxon. Lucu kerana anda dtg bertemunya tetapi jauh lebih hebat Khairul Aming kerana Christopher Luxon mengunjunginya. Siapa lebih hebat pembangkang atau Khairul Aming? ( soalan warung kopi ).
Kredit Facebook Norman Radzuan
BACA: Temui serpihan tombak pada tubuh ikan paus, pakar percaya usia Mamalia ini lebih 130 tahun