Semakin ramai rakyat negara ini termasuk mereka yang berijazah PhD pun tidak terkecuali menjadi mangsa ‘scammer’.
Panggilan telefon menjadi medium utama digunakan ‘scammer’ di Malaysia pada kadar 82.7 peratus, diikuti khidmat pesanan ringkas atau SMS (51.5 peratus) dan aplikasi mesej (42.9 peratus).
Dapatan itu terkandung dalam Laporan ‘Scam Asia 2023’ terbitan ‘Global Anti-Scam Alliance’ (GASA) dan Gogolook.
Dalam masa sama juga, kira-kira 75 peratus nombor telefon pengguna di Malaysia didapati telah dibocorkan.
Laporan diterbitkan Gogolook dengan kerjasama Constella Intelligence memaklumkan, kebocoran nombor telefon pengguna di Malaysia adalah yang tertinggi diikuti oleh Taiwan (65%), Jepun (56%) dan Thailand (45%).
Menurut Gogolook, tiga negara dengan data bocor tertinggi itu adalah melibatkan kata laluan log masuk, nombor telefon dan nama.
Sementara tempat keempat hingga kelapan pula adalah berkaitan data kewarganegaraan, e-mel, alamat, hari lahir dan nombor ID.
Namun, berbeza pula di Jepun dan Korea Selatan, jenis data utama yang dibocorkan pula adalah nama, kata laluan log masuk dan nombor telefon.
Mereka turut mendakwa setiap data yang sudah dibocorkan ini boleh disalah gunakan dalam pelbagai keadaan.
Jadi, anda disarankan untuk menukar kata laluan yang lebih kuat, tetapkan ciri pengesahan 2 faktor dan juga gunakan aplikasi Whoscall untuk mengenal pasti nombor asing.
Baca:
Air mata kecewa sambut perkahwinan mewah Nazir Razak, anaknya lantang pertahankan ibu
Selepas JDT cipta sejarah raih ‘double quadruple’, rakyat Johor boleh goyang kaki 17 Disember ini
Nekad keluar pukul 3 pagi, ini sebab Danial Akmal lari dari sekolah berasrama penuh