Realtime website trackingweb stats

Sayangnya hanya kejar like dan komen, lelaki ini ajar teknik buat duit guna platform media sosial

Oleh NUR KASIH

Ia bukan skim cepat kaya atau perniagaan MLM, tetapi pulangannya pasti ada jika dilakukan dengan cara yang betul dan konsisten.

Lihatlah berapa ramai individu hari ini yang berjaya menjadi jutawan dan sukses dalam bidang mereka hanya dengan menggunakan platform media sosial.

Ada di antara mereka yang tidak belajar hingga ke universiti, namun apa yang penting adalah ilmu berkaitan pemasaran media sosial itu sendiri.

Jika diurus dengan baik, ia pasti memberikan keuntungan yang tidak dijangka.

Pengarah Video Maukerja.com dan Pakar Industri Komunikasi dan Video, Hakimi As’Ari, berkongsi bagaimana untuk memanfaatkan akaun

Sayangnya hanya kejar like dan komen, lelaki ini ajar teknik buat duit guna platform media sosial

media sosial yang anda miliki untuk meraih keuntungan. Hakimi telah menghasilkan ratusan video yang viral untuk syarikatnya.

Beliau juga pernah membantu beberapa usahawan dan influencer dalam memperkukuhkan media sosial mereka. Ada yang mampu meraih keuntungan berlipat kali ganda setelah mengikuti teori yang dihasilkan Hakimi.

Namun, menurut Hakimi, semua ini juga bergantung kepada rezeki dan nasib seseorang. Kadang-kadang, ada perancangan dan strategi yang berhasil, tetapi ada juga yang tidak tepat mengenai sasaran. Apa pun, jangan pernah berhenti mencuba.

Tidak salah untuk membuat kesilapan pada percubaan pertama jika hasilnya diperoleh pada percubaan kedua atau seterusnya. Jom, dengarkan tips dan strategi beliau dalam mengendalikan akaun media sosial dan menukarkan satu muat naik kepada RM.

Cara Menguruskan Media Sosial untuk Tujuan Pemasaran

Dulu, media sosial dianggap sebagai tempat buang masa, tetapi kini ia seperti sebuah lubuk emas jika anda bijak mengeksploitasinya. Sekarang, sesiapa sahaja boleh menjadi terkenal dalam sekelip mata.

Dengan adanya platform seperti Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, dan TikTok, ini merupakan ‘medan perang’ bagi golongan muda untuk ‘jual diri’ dan memasarkan penjenamaan diri sendiri untuk menjana pendapatan yang luar biasa.

Namun, banyak orang menjadikan media sosial sebagai platform yang sia-sia. Mereka hanya menggunakan ia untuk suka-suka atau menyebarkan energi negatif. Ada individu yang mempunyai ratusan ribu pengikut tetapi tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan dan meraih keuntungan.

Apabila ditanya, mereka berkata, “Ala, buat untuk suka-suka je. Asalkan dapat banyak like dan komen, cukuplah!” Sayangnya…

Cara Meraih RM2,550 Sebulan Melalui YouTube dan Adsense

Sebenarnya, di YouTube terdapat satu platform pengiklanan yang popular dikenali sebagai Adsense. Setiap iklan yang terpapar di video anda adalah peluang untuk menjana pendapatan. Anda akan dibayar oleh Google berdasarkan cara yang ditentukan oleh Google. Sebagai contoh, ia dikira melalui respons penonton terhadap iklan dan jumlah tontonan video anda. Semakin ramai yang menonton, semakin tinggi bayaran yang diterima. Jadi, jangan terkejut jika ada orang kaya yang merintih meminta orang ramai untuk melanggan saluran YouTube mereka.

Bagaimana Google Membayar YouTuber?

Cara pengiraan YouTube adalah seperti ini: anggaran RM17 untuk setiap 1,000 tontonan. Namun, langkah pertama adalah anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pelanggan untuk mula menjana pendapatan. Cuba bayangkan jika anda mempunyai lebih daripada 150 video sebulan dan setiap video mampu meraih 1,000 tontonan, maka anda akan mendapat pulangan bulanan sebanyak RM2,550! Wow, banyak bukan? Bunyinya mungkin agak memeningkan, tetapi jika selalu dipraktikkan, ia akan menjadi mudah dan membuat anda teruja untuk melakukannya.

Iklan penaja akan dipaparkan pada video di YouTube, dan sebahagian keuntungan akan diberikan kepada anda. Semakin banyak tontonan video anda, semakin tinggi peluang untuk menjana duit melalui YouTube Adsense. Platform Facebook, Instagram, dan Twitter juga boleh dijadikan sebagai landasan untuk memasarkan video YouTube anda. Kongsikan LINK YouTube di platform media sosial lain. Dari situ, anda boleh memanfaatkan pengikut yang ramai untuk menyumbang tontonan kepada saluran YouTube anda.

Ingatlah pesanan ini; jadilah pengguna media sosial yang bijak. Manfaatkan platform ini untuk tujuan yang betul. Jangan hanya pandai menari di TikTok dan meraih jutaan penonton tanpa sebarang keuntungan. Tiada ruginya jika kita menggunakan akaun media sosial sebagai akaun simpanan duit dan menyebarkan kandungan yang berguna untuk generasi akan datang.

Dari segi trend semasa, orang kita menyukai produk yang hasilnya dapat dimiliki dengan cepat, cantik, dan ‘segera’. Pada tahun 2020 ini, rata-rata isi rumah yang sibuk bekerja memerlukan sesuatu yang memudahkan kehidupan harian mereka dan tidak merumitkan.

Empat ciri mujarab dalam memilih perniagaan online:

-Produk yang memberikan penyelesaian kepada masalah pengguna
-Produk yang kelihatan mahal
-Produk yang laku keras
-Produk yang mudah dijual

Bagaimana Dengan Soal Harga?

Berdasarkan pengalaman, rakyat Malaysia tidak mempunyai masalah mengenai harga produk. Jika tidak, masakan jenama tudung mewah boleh ‘sold out’ dan terjual laris walaupun harga sehelai mencecah RM400.

Asalkan kualiti produk terjamin bagus dan labelnya disukai, ia pasti menjadi buruan. Namun, jika dijual secara online, peniaga perlu menitikberatkan soal harga penghantaran atau kos cash on delivery (COD) agar pakej anda diminati pelanggan.

Teori perniagaan ini mudah. Juallah apa sahaja, tetapi jika strategi pemasaran tidak baik, hasilnya mungkin bisnes anda akan gagal. Yakinlah dengan produk dan perniagaan yang dijalankan.

Nasihat saya, pilihlah mentor perniagaan kerana mereka boleh menjadi panduan berguna untuk anda berniaga dengan lebih baik.

BACA:Berhasrat sewakan rumah tanpa deposit sebab simpati? Ini risiko yang ramai tak jangka