Realtime website trackingweb stats

“Saya terpaksa tumpang polis” – Ezad dedah punca pulang awal selepas GV

Oleh FATIN AQILAH

Selepas konsert All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu ketujuh pada malam Ahad, penyanyi Ezad Lazim memberitahu bahawa dia perlu pulang segera kerana rumahnya telah digenangi air.

Ezad, atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, kemudiannya berkongsi perkembangan terkini tentang keadaan rumahnya melalui Instagram.

Tak dapat masuk kawasan perumahan

Ezad mengatakan bahawa dia tidak dapat memasuki kawasan taman perumahannya kerana jalan utama dinaiki air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan.

“Lampu jalan semua dah blackout dan longkang di sekitar kawasan taman perumahan saya ni pun dah dinaiki air.”

“Ni jalan nak masuk ke kawasan rumah saya dan dah ada penghadang dah. Jalan tak perlu cakaplah sebab memang tak boleh lalu langsung. Waktu saya nak ke konsert ASGV tadi pun saya tumpang kereta polis yang bertugas.”

Penyanyi lagu ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’ tersebut, kawasan rumahnya di Sepang, Selangor selalu banjir apabila hujan lebat.

“Doakan semua urusan kami dipermudahkan, memang dari dulu kawasan rumah kami ni selalu banjir, selalu naik air.”

“Semoga ada tindak balas dari mereka-mereka serta pihak yang berkenaan.”

Selepas hampir satu jam terperangkap, penyanyi berusia 43 tahun itu akhirnya berjaya kembali ke rumahnya dengan bantuan pihak polis yang sedang menjalankan tugas.

Sebelum ini, Ezad memberitahu bahawa dia perlu pulang segera kerana rumahnya telah ditenggelami air selepas dia tersingkir dari program ASGV pada malam Ahad.

“Saya nak kena balik cepat ni, rumah saya dinaiki air (banjir).”

Baca:

“Yang penting saya gembira sekarang” – Fyna Jebat cerita hubungan terkini dengan Zainal Abidin

“Saya jumpa boyfriend di situ, kemudian putus” – Ernie Zakri dedah sangkut cinta monyet di kem PLKN

Ketabahan mereka mengagumkan walau dihujani bom bertalu-talu, ini 3 perangai ‘pelik’ orang Palestin