Realtime website trackingweb stats

“Saya terkilan..” – 2 tahun berlalu, Dayang selesai rakam lagu terakhir Rudy Imran

Oleh ARIF ABDULLAH

Hampir dua tahun selepas pemergian Allahyarham Rudy Imran, penyanyi Dayang Nurfaizah berasa sedih apabila teringat akan pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh penulis lirik dan wartawan hiburan itu.

Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, yang berusia 42 tahun, menyatakan bahawa Rudy pernah menulis sebuah lagu untuknya dan meminta lagu itu dirakam dengan segera, tetapi cita-cita itu tidak tercapai.

“Saya terkilan sebab tak dapat rakam lagu itu semasa arwah masih ada. Bukan tak nak rakam tapi keadaan kesihatan dan jadual tidak mengizinkan saya.

"Saya terkilan.." - 2 tahun berlalu, Dayang selesai rakam lagu terakhir Rudy Imran

“Pesanan terakir arwah hantar kepada saya dia minta jangan tunggu dia dan terus rakam sahaja lagu tersebut tapi selepas beberapa hari arwah menghembuskan nafas terakhir.

“Saya sedih sebab arwah nak sangat dengar lagu ini,” katanya kepada mStar.

Dalam masa yang sama, Dayang menerangkan bahawa lagu yang berjudul “Mencintai Cinta” telah berjaya direkodkan pada hujung tahun yang lepas.

Menurut Dayang, dia mengambil masa yang lama untuk merekodkan lagu itu kerana dia ingin memastikan kualiti vokalnya berada di tahap yang baik, ini kerana lagu tersebut merupakan hasil karya terakhir Rudy.

“Saya rakam lagu itu hujung tahun lepas, selepas setahun arwah dah tiada. Saya ambil masa yang lama untuk rakam lagu itu, sebab lagu itu lagu terakhir saya dengan arwah.

“Saya nak pastikan yang kualiti suara saya berada ditahap yang baik semasa merakamkan lagu itu.

“Lagu ini sangat berat dari segi lirik dan memorinya, jadi saya nak buat terbaik untuk arwah abang Rudy,” ujarnya.

Berkongsi berkenaan proses rakaman lagu itu, Dayang mengakui bahawa ketiadaan Rudy benar-benar memberi kesan besar padanya.

Ini disebabkan penulis lirik yang telah meninggal dunia itu sentiasa memberi pandangan dan sokongan kepada penyanyi untuk memahami maksud setiap lagu.

“Saya sedih kerana arwah nak sangat dengar lagu ini” – Dayang Nurfaizah (Penyanyi)

“Ketiadaan arwah sangat saya rasakan, semasa rakam lagu sebelum ini, dia selalu memberi pendapat kepada saya tentang apa yang boleh ditambah baik.

“Kami selalu berbincang tentang pemahaman isi lirik, penghayatan yang saya patut berikan untuk setiap lagu.

“Jadi masa rakam lagu itu, perasaan saya agak bercampur baur, tapi saya bersyukur abang Ajai banyak membantu,” katanya.

Untuk makluman, Rudy yang juga penulis lirik lagu Lelaki Teragung telah meninggal dunia pada 31 Mac 2022 kerana kanser.

Baca:

Waris guna duit pampasan bina masjid, simbol penghormatan kepada mangsa MH17

Waktu bersahur tanpa baca doa ini amat rugi, macam lepas peluang keberkatan Ramadan

Tips naik bas supaya perjalanan jauh lebih selesa, no 3 paling penting