Tadi, saya baru lepas baca kes viral kantoi suami curang..
Saya jarang baca cerita macam ni, tapi harini terbaca pulak.
Tiba-tiba nak kongsi cerita pulak.
Masa baca tu teringat kisah yang Ummi pernah cerita dulu kat saya.
Ada seorang kawan Ummi ni baru balik dari Mekah. Masa tu dia cerita dia doa kat depan Kaabah supaya suami dia sayang kat dia sorang je.
Apa yang berlaku?
Masa dia balik Mekah, suami dia minta izin nak kahwin lagi satu. 😱
Kalian boleh bayangkan perasaan seorang isteri yang baru je balik dari Mekah, berdoa supaya suami dia sayang dia je, tapi dia dapat sebaliknya.
Saya tak tahu perasaan beliau, tapi saya dapat rasa kekecewaan beliau tu..
Tahu apa yang dia buat?
Dia izinkan suaminya untuk berkahwin lagi.
Sejak dia bermadu. Suaminya jarang balik ke rumah kerana bergilir dengan madunya.
Beliau pula sibukkan diri dengan majlis ilmu di masjid.
Kini beliau banyak masa dengan diri sendiri untuk belajar & upgrade ilmu agama di masjid.
Setiap kali suaminya pulang ke rumah, beliau akan khidmat sepenuh hati.
Sebelum beliau pergi ke majlis ilmu, beliau siapkan apa yang patut untuk suaminya.
– Siapkan makan minum.
– Siapkan pakaiannya.
– Dan sebagainya.
Begitulah rutin beliau setiap hari.
Selang beberapa bulan (atau tahun, saya dah lupa), suaminya menceraikan madunya (isteri baru) & kembali kepada beliau.
Suaminya minta maaf. Dia bersalah kerana salah pilih. Isteri barunya itu masih muda.
– Tak pandai jaga makan pakai dia seperti beliau.
– Tak pandai jaga hati dia seperti beliau.
– Panas baran & suka merajuk.
– Dan dia ada buat perkara yang suaminya tak tahan & menceraikan dia. Wallahualam.
Akhirnya, suaminya kembali ke pangkuan beliau.
Perasaan sayang suaminya kali ini lebih deep & mendalam. Kini suaminya sayang beliau seorang sahaja, seperti yang beliau doa di hadapan Kaabah.
Tuan Puan..
Kadangkala Allah swt kabulkan doa kita ikut cara Dia, bukan cara kita.
Kita ingat, kita doa, terus dapat.
Kadang kala cara Allah swt kabulkan doa dengan cara beri ujian & cabaran dulu.
Bila kita sabar & lepas test tu, baru Allah swt bagi apa yang kita doa dulu. Malah lebih baik lagi.
Allah swt tahu apa yang terbaik buat kita.
Kadang-kadang, kita doa nak sesuatu, tapi tak nak terima proses.
Setiap apa yang kita minta & doa, ada kos yang perlu kita tanggung.
Nak suami kita sayang kita, Allah swt bagi dulu macam mana perasaan suami kita tak sayang kita. Baru kita hargai kasih sayang suami tu. Sama juga sebaliknya.
Sebab tu saya selalu pesan dengan isteri saya.
“Be careful what you praying for.”
Daripada kita doa nak macam-macam, apa kata, kita bersyukur dengan apa yang kita dah ada sekarang. 🥰
Love,
Ahmad Isa
Baca:
Mereka menikus belakang pokok gharqad, ketahui cerita di sebalik pokok disebut Rasulullah ini