Realtime website trackingweb stats

Satu-satunya R&R yang boleh ‘healing’ sambil layan pemandangan Gunung Fuji

Oleh NURAIMAN

Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) adalah kemudahan awam yang disediakan untuk pengguna jalan raya, terutamanya mereka yang melakukan perjalanan jauh.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), R&R disediakan setiap 80-100 kilometer dan menawarkan pelbagai kemudahan seperti gerai makanan,

wakaf, motel lebuh raya (di lokasi terpilih sahaja), surau, stesen minyak, tandas awam, kedai serbaneka, ATM, telefon awam, tempat letak kereta, dan taman permainan kanak-kanak.

Namun, tahukah anda bahawa di Jepun, terdapat sebuah R&R yang unik dan terletak di tengah laut, serta menghubungkan beberapa bandar kecil dan kawasan pemandangan?

Umihotaru adalah kawasan perhentian R&R yang juga merupakan satu-satunya tol di dunia yang terletak di kawasan laut.

Satu-satunya R&R yang boleh 'healing' sambil layan pemandangan Gunung Fuji

Menurut Japan Travel, Umihotaru adalah sebahagian daripada Lebuhraya Wan Aqua-Line yang membentang dari Kisarazu, Chiba ke wilayah Kanagawa melalui Teluk Tokyo.

Lebuh raya ini terdiri daripada terowong bawah laut sepanjang 9.6 kilometer dan jambatan sepanjang 4.4 kilometer. Pengguna jalan raya hanya memerlukan masa 15 minit untuk melalui terowong dan tiba di Umihotaru yang menawarkan pemandangan yang memukau.

Umihotaru adalah pulau buatan yang terletak di tengah-tengah Teluk Tokyo. Nama “Umihotaru” secara literal bermaksud “kelip-kelip laut” kerana ia kelihatan bersinar pada waktu malam.

Ia dibuka kepada pengguna jalan raya pada tahun 1997 selepas 23 tahun perancangan dan 9 tahun pembinaan, dengan kos mencapai 1.44 trilion yen.

Fakta menarik mengenai Umihotaru:

Umihotaru mempunyai kemudahan seperti tempat letak kereta, restoran, kedai, dan kawasan dek pemerhatian.

Struktur bangunan ini terdiri daripada lima tingkat. Tingkat 1 hingga 3 adalah tempat letak kereta yang boleh memuatkan sekitar 500 kereta dan trak.

Tingkat 4 menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung.

Tingkat 5 mempunyaibilik teater yang memaparkan sejarah pembinaan Aqua-Line dan Umihotaru, serta restoran dan dek pemerhatian.

Di dek pemerhatian, pengunjung dapat menikmati pemandangan bandar Chiba dan Yokohama, serta banyak bangunan ikonik.

Mengikut iTWS Japan, anda boleh melihat kapal besar yang bergerak di sekitar teluk, bangunan tinggi di pusat Tokyo, pergunungan indah di semenanjung Boso dan Miura, serta Gunung Fuji jika cuaca baik.

Umihotaru juga menempatkan Menara Angin atau Kaze No To dalam bahasa Jepun, yang berfungsi sebagai pembekal udara untuk terowong.

Untuk menuju ke Umihotaru, anda boleh melaluinya dari dua arah, iaitu Kawasaki atau Kisarazu di Teluk Tokyo.

BACA: Baru tahu kenapa orang ramai disarankan panaskan enjin diwaktu pagi, ada kaitan dengan gearbox rupanya!