Realtime website trackingweb stats

Satu mangkuk tak cukup! Resipi kuey teow sup ori Thailand memang terangkat

Oleh ARIF ABDULLAH

Dalam artikel ini, anda boleh mempelajari cara membuat resipi kuew teow sup ori Thailand dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Lynda Nazri di lama facebooknya.

Bau wangi ketumbar dan minyak bawang putih menjadi lebih kuat lagi menyelerakan waktu musim hujan, yang membuatkan selera makan bertambah.

Bahan kuah:

Satu mangkuk tak cukup! Resipi kuey teow sup ori Thailand memang terangkat

• 1 ekor ayam
• Kicap sotong
• Kicap cair
• Lada hitam (tumbuk)
• Lada sulah
• Bawang putih (1 labu blender)
• Akar ketumbar
• 1 ketul Kiub ayam

Bahan hiasan:

• Mee/bihun/kuetiaw
• Taugeh (Celur)
• Kangkung
(sy ganti sawi) celur
• Kacang tumbuk
(tp sy tk guna)
• Lobak masin (celur)
• Ayam/daging/perut (Diracik halus)
• Serbuk cili kisar (Sy buat sendiri) Nk beli yg Thailand pun ada, jgn guna serbuk cili yg jenis babas or sebagainya, sbb pahit)
• Cili jeruk
• Daun ketumbar

Cara membuatnya:

1. Didihkan air dalam periuk dan masukkan akar ketumbar, ayam, kicap cair, kicap sotong, kiub ayam, lada sulah dan lada hitam yg dh di tumbuk halus td.

2. Sambil tunggu didih, tumiskan bawang putih yg dh di blend td sampai kekuningan dan terus curah ke dalam kuah td (time ni kuah wangi, bau mcm bihun pama)

3. Perasakan garam, aji, gula sikit. Bahan-bahan ni saya agak-agak sahaja ye untuk yang banyak mana saya masak.

4. Tunggu ayam lembut sikit keluarkan ayam yang isi uutuk di racik.

5. Kemudian boleh hidangkan bersama bahan-bahan hiasan di atas.

Selamat mencuba resipi ini.

Kredit : Lynda Nazri

Baca:

Ramai rupanya taasub dengan ‘Mawla Amin’ tunggang nasab suci Nabi, ini nasihat Menteri Agama

Elakkan ‘fancy’ dan guna nombor plat jenis ini jika tidak mahu ‘didekati’ abang JPJ

Cara mudah buat jeli kelapa muda, sesuai basahkan tekak musim panas ini