Macam-macam perangai pelik manusia bernama lelaki apabila ada yang sanggup panjat tembok hampir jam 3 pagi demi mencuri sehelai baju dalam wanita.
Akibatnya, polis sedang memburu seorang lelaki bertopi keledar selepas tular aksi gigihnya mencuri pakaian dalam di sebuah rumah dekat Banting, Selangor pada 12 Disember lalu.
Insiden yang dirakam CCTV berdurasi 55 saat itu tersebar di media sosial dengan suspek kelihatan berseluar pendek memanjat tembok rumah tersebut sebelum melakukan jenayahnya.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor, laporan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.50 pagi itu diterima daripada seorang wanita berusia 32 tahun.
Beliau memberitahu suspek dikatakan telah mencuri sepasang kasut dan sehelai baju dalam.
“Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.
Jelas beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil menyalurkannya kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berhampiran.
Baca:
Mayat Erra Fazira tak dapat dihantar pulang, Sukarno pula merana di Malaysia
Alamak! Popiah ‘viral’ ramai Muslim serbu ini taukenya dah mengaku bubuh serbuk babi