Realtime website trackingweb stats

Sanggup menahan sakit kulit ditusuk jarum, bapa cacah tatu nama anak 667 kali

Oleh NURAIMAN

Sanggup menahan sakit kulit ditusuk jarum, bapa cacah tatu nama anak 667 kali.

Sanggup menahan sakit apabila lapisan dermis kulit ditusuk jarum demi mengabadikan nama anaknya, seorang bapa di United Kingdom memang buat kerja ‘gila’.

Dia berjaya merampas kembali Rekod Dunia Guinness (GWR) untuk tatu nama sama pada badan.

Mark Owen Evans, 49, sekarang sudah mempunyai 667 tatu nama anak perempuannya iaitu Lucy.

Pada 2017, Evans dah pegang rekod untuk tatu terbanyak dengan nama Lucy pada badannya, iaitu dengan 267 tatu.

Sanggup menahan sakit kulit ditusuk jarum, bapa cacah tatu nama anak 667 kali

Namun, dia kehilangan rekod itu pada 2020 apabila Diedra Vigil dari Amerika Syarikat (AS) merampas rekod berkenaan dengan mencacah tatu namanya sendiri sebanyak 300 kali.

Memetik laporan Agensi, Evans bersemangat juga mahu merampas semula rekod itu dengan mencacah tatu baharu pada pahanya.

Untuk menjadikan hal itu satu kenyataan, bukan sekejap masa untuk dia pasrah menahan sakit.

Selama lima jam setengah, akhirnya semua 400 tatu iaitu 200 pada setiap kaki berjaya disiapkan.

Evans memberitahu, dua artis tatu di Dexterity Ink di Wrexham bertungkus lumus selama sejam untuk menyiapkan keseluruhan tatu itu.

“Saya tidak merancang untuk ada anak lagi dengan isteri, Katherine, jadi saya perlu lakukan sesuatu yang lebih besar dengan cara ini,” katanya lagi.

Baca:

Punyalah takut dimarahi bini, lelaki sanggup buat laporan polis palsu dakwa disamun, dia punya ‘gebang’ buat polis pun ragu

Dah 26 tahun meninggal dunia pun, baju panas Puteri Diana dilelong lebih RM5 juta

Nahas feri karam abadikan nama S Annamalai, kisah sedih wira Malaysia ini patut dikenang