Sangat jarang terjadi, ini satu dalam 55 juta, ibu selamat lahir anak kembar lima, semuanya sihat belaka.
Seorang ibu muda berjaya melalui kehamilan berisiko tinggi apabila selamat melahirkan anak kembar lima di sini, baru-baru ini.
Melaporkan lima anak kembarnya itu menjengah dunia selang beberapa minit antara satu sama lain di Hospital Latifa di sini.
Bayi kembar lima itu dilahirkan pramatang pada usia 29 minggu, dan dengan berat purata hanya 1.2 kilogram (kg).
Tetapi syukur semuanya berjalan lancar apabila doktor mengesahkan semua bayi itu dalam keadaan sihat.
“Bayi yang baru lahir bernafas tanpa sokongan pernafasan, makan dengan baik, dan berat badan bertambah di bawah pengawasan rapi pakar neonatologi dan jururawat Hospital Latifa,” kata Pakar Perunding Neonatologi dan Ketua Bahagian Neonatologi di hospital itu, Dr Mahmoud El Halik.
Pengarah Perubatan dan Pengarah Jabatan Obstetrik di Hospital Latifa, Dr Fadi Mirza berkata, kehamilan kembar lima adalah sangat jarang terjadi.
“Hanya ada satu daripada 55 juta kes di dunia, dan ia memerlukan pasukan perubatan bersepadu dan khusus untuk menguruskan kes sedemikian daripada kehamilan hingga si sibu bersalin, dan selepas kelahiran,” kata Dr Fadi.
Perunding untuk obstetrik dan ginekologi di Hospital Latifa, Dr Abeer Nouman pula berkata, pakar termasuk dari Unit Perubatan Ibu dan Bayi, memantau kes wanita itu dengan teliti.
“Pada 29 minggu, pesakit mengalami kelahiran pramatang, dan satu pasukan penuh (obstetrik, neonatologi, anestesiologi dan kejururawatan) bekerjasama untuk hasil terbaik yang dijangkakan,” katanya
Hospital Latifa mengendalikan purata 4,000 kelahiran setiap tahun. Ia adalah satu daripada hospital bersalin dan kanak-kanak terbesar di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Hospital itu juga mempunyai unit rawatan rapi terbesar untuk bayi baru lahir dan bayi pramatang di Dubai.