Disebabkan oleh nostalgianya, sandal buruk ini tetap jadi buruan pengumpul.
Barangan milik Steve Jobs sering menjadi tumpuan dalam lelongan kerana nilai nostalgia yang tinggi.
Kini, sepasang sandal terpakai yang pernah dipakai oleh Steve Jobs ketika memulakan Apple
pada tahun 70-an dan 80-an telah dilelong pada nilai yang mengagumkan, iaitu $218,750 (~RM990,000).
Sandal berjenama Birkenstock Arizonas itu dikatakan telah dijumpai daripada sampah oleh pengurus perumahan Steve Jobs sebelum kemudiannya dilelong kepada orang ramai.
Antara keunikan lelongan ini adalah sandal tersebut turut disertakan dengan sebuah NFT yang melengkapkannya.
Meskipun begitu, identiti pembeli sandal tersebut tidak diumumkan kepada awam. Ini menambahkan misteri kepada kepemilikan barang peninggalan Steve Jobs yang menjadi simbol kepada pengaruhnya dalam dunia teknologi.
BACA: Patutlah beli rumah RM300,000 tapi kena bayar cecah RM600,000, rupanya ini punca sebenar!