Realtime website trackingweb stats

Sampai bila bapa perlu tanggung nafkah anak? Ini pendapat UAI

Oleh NURAIMAN

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan tentang tanggungjawab nafkah seorang bapa terhadap anak-anak.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik semula di TikTok, Ustaz Azhar berkata,

seorang bapa wajib memberi nafkah kepada anak sejak lahir sehingga mereka boleh mencari pendapatan sendiri.

Kita wajib tanggung anak dari beranak sampailah dia boleh berdikari.

Contoh umur 18 tahun dah boleh bekerja dah tak wajib dah tanggung.

Sampai bila bapa perlu tanggung nafkah anak? Ini pendapat UAI

Bagaimanapun, sekiranya seorang bapa dikurniakan anak Orang Kurang Upaya (OKU) maka perlu ditanggung sehingga akhir hayat mereka.

Itu anak yang sihat kalau anak yang OKU tak boleh bawa diri maksudnya tak boleh berdikari, wajib kita tanggung sampai mati.

@sah.pika Tanggung nafkah anak sampai bila.#fyp #viral #nafkahanak #hukum ♬ bunyi asal – PikasShop

Jadi siapa yang ada tiga orang anak OKU dia jutawan dekat akhirat nanti. Allah beri dia susah tanggung anak sampai mati.

BACA: Laman web pamer individu terima pingat ‘Datuk’ palsu terbongkar