Lantai bata di anjung rumah sering menghadapi masalah rumput liar tumbuh di celahannya, yang boleh mencacatkan pemandangan
.Keadaan ini biasanya terjadi apabila tanah memasuki celahan batu bata akibat hujan atau tiupan angin.
Melalui satu perkongsian di laman Facebook, warga maya berkongsi beberapa petua mudah untuk mengatasi masalah ini
Berikut adalah cara-cara yang boleh anda cuba:
1) Tabur Garam Kasar
Pada hari yang panas, taburkan garam kasar di celah-celah batu bata atau simen yang terjejas.
Selepas beberapa hari, rumput akan mengering. Cabut semua rumput yang telah mati dan bersihkan kawasan tersebut.
Untuk langkah pencegahan, taburkan semula garam kasar di celahan bagi menghalang pertumbuhan rumput baharu.
2) Racun Rumput DIY
Anda juga boleh membuat racun rumput sendiri menggunakan bahan yang selamat.
Campurkan air, garam kasar, cuka, dan sabun basuh pinggan ke dalam penyembur. (Tiada nisbah tepat—ikut kesesuaian.)
Semburkan campuran ini ke atas rumput yang tumbuh. Dalam beberapa hari, anda akan melihat keberkesanannya.
Kaedah ini mesra haiwan peliharaan dan kanak-kanak kerana bahan yang digunakan tidak beracun.
3) Minyak Terpakai
Gunakan minyak hitam kereta atau minyak masak terpakai.
Tuangkan minyak tersebut di celahan batu bata yang ditumbuhi rumput.
Tekstur likat minyak akan menghalang cahaya matahari, air, dan nutrien daripada sampai kepada rumput, menyebabkan ia mati.
4) Alas dengan Plastik
Untuk pencegahan jangka panjang, buka semua batu bata dan alas kawasan tersebut dengan kanvas plastik.
Pasang semula batu bata selepas itu. Plastik tersebut akan menghalang rumput daripada tumbuh kerana kekurangan ruang untuk berkembang.
Selamat mencuba! Semoga tips ini membantu menyelesaikan masalah anda
BACA: Memang jimat hanya guna dua jenis daun ini untuk halau nyamuk…