Pengumuman mengenai perkahwinan kedua personaliti media sosial, Alif Teega, yang dikongsikan sejak semalam telah menarik perhatian pelbagai respons dari pengguna media sosial.
Melalui satu kiriman yang dikongsi sebelum pengumuman itu, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengucapkan terima kasih kepada Aisyah dan menyatakan rasa syukurnya sepanjang menjadi suami kepada wanita tersebut.
“Selamat ulangtahun pernikahan yang ke 6 buat isteriku Aisyah Hijanah (25/11/2017).
Terima kasih atas segala kesabaran pengorbanan menjalani hidup sebagai bidadari hatiku. meredhai segala ketentuan dan ketetapan dari Ilahi.
“Susah dan senang bersama hingga saat ini. Jaga dan pelihara keluargaku, Khadeejah dan Hassan sebaiknya.
“Tiada apa yang dapat aku balas melainkan Tuhan ganjarkan syurga firdaus buatmu, asbab keredhaan dan bersyukurnya menjadi suamimu. Bahagia.”
Pempengaruh itu juga memuji sikap isteri pertamanya yang dianggap sebagai wanita yang luar biasa kerana kesetiaannya walaupun banyak kesalahan yang dilakukan.
“Sepanjang 6 tahun ini, begitu banyak dosa dan kesilapanku. Tapi Aisyah masih disini, sabar redha dan serah semuanya pada Allah. Memaafkan dan bertahan atas apa sahaja takdir yang hadir.
“Apa yang Aisyah buat memerlukan iman dan taqwa. Subhanallah hebat!”
“Demi Allah, aku mencintaimu hingga syurga.”
Walau bagaimanapun, Alif telah menerima banyak kritikan dalam ruang komen hantaran tersebut, di mana kebanyakan orang menyuarakan perasaan kecewa kerana dia memilih untuk berkahwin dengan wanita lain semasa Aisyah sedang mengandung.
Sementara itu, netizen juga mengkritik tindakan Alif yang berkahwin dengan isteri kedua pada bulan yang sama dengan perkahwinan bersama isteri pertamanya.
Pada masa yang sama, warganet juga mengatakan bahawa mereka ingin memboikot pembelian buku yang ditulis oleh Alif.
Awalnya, Alif dan Aisyah mengumumkan perkahwinan kedua mereka dengan harapan menghentikan segala desas-desus dan tuduhan yang ditujukan kepada mereka dan keluarga.
@alifteegaSelamat ulangtahun pernikahan yang ke 6 buat isteriku Aisyah Hijanah (25/11/2017) Terima kasih atas segala kesabaran pengorbanan menjalani hidup sebagai bidadari hatiku. meredhai segala ketentuan dan ketetapan dari Ilahi. Susah dan senang bersama hingga saat ini. Jaga dan pelihara keluargaku, Khadeejah dan hassan sebaiknya. Tiada apa yang dapat aku balas melainkan Tuhan ganjarkan syurga firdaus buatmu, asbab keredhaan dan bersyukurnya menjadi suamimu. Bahagia. Sepanjang 6 tahun ini, begitu banyak dosa dan kesilapanku. Tapi aisyah masih disini, sabar redha dan serah semuanya pada Allah. Memaafkan dan bertahan atas apa sahaja takdir yang hadir. Apa yang Aisyah buat memerlukan iman dan taqwa. Subhanallah hebat! Demi Allah, aku mencintaimu hingga syurga ❤️ @aisyahhijanah♬ Forever and Ever and Always (The Softer Version) – Ryan Mack
Baca:
Hati-hati! Rupanya duit RM100 e-dompet Madani tak boleh diguna untuk 10 perkara ini
‘Isteri pertama untuk dihargai’ Abang Tesla, beritahu diri terlihat ceria padahal hampir gila
Gelang bercahaya konsert Coldplay rupanya kena dipulangkan, terbukti satu negara ini memang jujur