Kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, Noor Nabila, telah mengumumkan bahawa mereka bersama suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, akan bercerai dalam masa yang terdekat.
Menurut Noor Nabila, keputusan ini diambil selepas Emran menyatakan niat untuk mengakhiri perkahwinan mereka yang bermula pada tahun 2021.
Harian Metro dalam laporannya menyebut Noor Nabila berkongsi behawa dia dan suami sedang dalam proses perceraian dan keputusan akan dibuat tidak lama lagi.
Menurutnya, Emran telah menyatakan niatnya untuk bercerai sejak dia meninggalkan rumah pada awal Januari yang lalu.
“Dalam suasana yang tenteram, kami berbincang dan menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Kami sedar bahawa jodoh dan ajal adalah ketentuan Allah SWT, dan tiada sesiapa yang ingin berkahwin dengan niat untuk bercerai. Saya juga bercita-cita untuk perkahwinan yang bahagia dan berkekalan,” tambahnya.
Walaupun menghadapi masalah dalam rumah tangga, Noor Nabila memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci kepada orang ramai, dan dia berharap masalah ini dapat diselesaikan secara peribadi antara mereka sebagai satu pengajaran.
“Saya telah berusaha dengan sebaik-baiknya sepanjang perkahwinan ini. Namun, sebagai manusia, kita tidak dapat mengelak daripada menghadapi ujian dan cabaran dalam perkahwinan. Seharusnya, sebagai pasangan suami isteri, kita saling berkompromi dan menyokong satu sama lain dalam pelbagai keadaan.
Namun, kami tidak berjaya melakukannya. Masalah dalam hubungan kami sudah berlarutan, dan saya pasrah kepada ketentuan-Nya serta yakin bahawa ini adalah jalan terbaik bagi saya dan anak-anak kami untuk melaluinya,” ungkapnya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa rumah tangga mereka telah mengalami konflik yang serius.
Sumber yang rapat dengan pasangan ini telah memberitahu bahawa mereka yang berkahwin selama dua tahun itu telah lama tidak tinggal bersama dan sedang menjalani proses perceraian.
Nabila dan Engku Emran telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 19 Mac 2021. Sebelum berkahwin dengan Nabila, Engku Emran pernah berumah tangga dengan selebriti terkenal Erra Fazira dan memiliki seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya.
Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella, tetapi perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Noor Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan kemudian berpisah pada 9 Julai 2020. Dari perkahwinan itu, mereka mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Jebat Jayden.
Baca:
Noh Hujan ‘tayang’ bakal Isteri baharu, majlis akad nikah esok
Padan muka kena penjara dua tahun selepas buat ‘content’ berdoa sebelum makan daging babi
Tak anggap Israel musuh, Putera Mahkota Arab Saudi akui normalisasi hubungan makin hampir