Lazimnya, jualan murah ramai yang suka seperti Jualan Rahmah oleh kerajaan Madani yang diadakan dua kali sebulan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara.
Namun, berbeza pula reaksi orang ramai terhadap Program Jualan Sabun Rakyat di sebuah pejabat wakil rakyat pembangkang di Perak ini.
Orang ramai dilihat mempersoal harga jualan bahan pencuci yang dijual di Pusat Khidmat Adun Gunung Semanggol kerana didakwa lebih mahal daripada di pasaran sedia ada.
Reaksi sinis orang ramai itu susulan tersebarnya imej yang memuatkan hebahan Program Jualan Sabun Rakyat dengan sama terpampang besar gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria.
Susulan itu, ada yang berseloroh yakin bahawa pentaasub Pas pasti akan membeli bahan pencuci tersebut walaupun harganya lebih tinggi.
Bahkan, netizen turut menempelak sikap pembangkang yang sekadar mahu menunggang nama rakyat pula selepas sekian lama memperalat agama.
“Kerajaan Madani buat jualan Rahmah lagi murah dari pasaran, pak lebai kelarah buat jualan rakyat lagi mahal dari pasaran,” ulas pengguna Facebook, Nasoruddin Shah Mat.
Sementara itu, Pusat Khidmat Adun Gunung Semanggol memberitahu produk yang dijual itu sebagai “sabun orang kita” dengan harga jualan sebenar ialah RM30 tetapi jika membeli di pusat khidmat mendapat ‘subsidi’ hanya bayar RM 25.
“Keuntungan jualan sabun turut dikembalikan kepada penduduk dengan program sumbangan kebajikan yang dianjurkan setiap bulan melalui pemberian pek makanan, sumbangan pelajaran dan sebagainya,” menurut hebahan pihak pusat khidmat wakil rakyat Pas itu lagi.
Baca:
Datang lewat sejam tapi mengeluh barang habis dan saiz ayam kecil, perangai macam ini pun ada
Profil pelakon cantik Amelia Henderson ramai tak tahu, rupanya pernah jadi kerabat
Pendera budak bukan saja pengasuh, mengejutkan rupanya ada 1,504 kes ibu bapa dera anak sendiri