Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan bahawa pengecualian Sabah dan Sarawak daripada penyasaran subsidi diesel
Bukan disebabkan oleh permintaan daripada kerajaan kedua-dua negeri tersebut,
sebaliknya ia dilakukan berdasarkan keperluan rakyat di sana yang menggunakan bahan api itu secara lebih meluas berbanding di Semenanjung Malaysia.
“Kita kecualikan Sabah dan Sarawak bukan kerana permintaan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor,
Tetapi kerana penggunaan diesel yang lebih meluas di sana berbanding di Semenanjung.
Ini bukan soal pilih kasih,” jelas Anwar.
Beliau turut menambah bahawa penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kini, bersama pelarasan tarif elektrik yang diperkenalkan tahun lalu, telah berjaya menjimatkan kira-kira RM8 bilion daripada nilai subsidi yang diberikan oleh kerajaan dalam tempoh setahun.
“Pelarasan tarif elektrik yang diperkenalkan tahun lalu telah berjaya menyelamatkan kira-kira RM4.5 bilion wang kerajaan, manakala RM4 bilion lagi dijimatkan melalui penyasaran subsidi diesel,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan pada Majlis Penutupan Pesta Kaamatan 2024 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA)