Golongan kaya dan pemain industri besar rupanya menikmati banyak manfaat harga minyak yang disubsidi kerajaan.
Subsidi pukal seperti bahan api diesel dan petrol untuk orang miskin ‘disakau’ dengan begitu banyak oleh orang maha kaya.
Tidak hairanlah, dalam Belanjawan 2024, kerajaan tekad untuk melakukan rasionalisasi subsidi kerana perbelanjaan subsidi untuk negara adalah antara yang tertinggi di Asia.
Penganalisis Nizam Jasman berpendapat perbandingan dari segi dana dimiliki negara ini boleh dibandingkan dengan Norway.
“Norway mempunyai belanjawan lebihan (budget surplus) yang paling tertinggi iaitu 25 peratus!Semua ini kerana harga minyak naik yang menjadikan mereka lagi kaya.
“Malaysia? – 4.8 peratus. Baca ‘negatif’ ya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Hal sama, jelasnya, boleh dilihat pada jumlah dana dimiliki Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang wujud pada 1988 dan Norway Pension Global Fund(NPGF) yang ditubuhkan pada 1990.
“Saiz dana pada tahun 2019: KWAN : RM 19.2 bilion manakala NPGF sebanyak RM 4.72 trilion.
“Timor Leste Petroleum Fund yang ditubuhkan pada 2005 pun mempunyai RM72.7 bilion.
“Mengapa sedikit sangat dana negara kita ada? Sebab subsidi,” tegasnya.
Sementara itu, Adrian Lim Chee En pula agak hairan jika golongan B40 dan M4O yang lebih-lebih marah dengan pelaksanaan subsidi bersasar.
“Golongan B40 yg membantah subsidi bersasar atau menyokong subsidi pukal adalah golongan bodoh yang selayaknya kekal sebagai B40 buat selama-lamanya.
“Di bawah sistem subsidi pukal, golongan mahakaya yang mempunyai berpuluh biji kenderaan mewah adalah golongan yang TERPALING menikmati subsidi pukal,” katanya.
Beliau menegaskan selama ini penggunaan bahan api dan petrol oleh golongan maha kaya adalah jauh lebih tinggi berbanding golongan B40.
Oleh sebab itu, hujahnya, subsidi yang dinikmati oleh golongan maha kaya adalah jauh lebih besar berbanding golongan B40 bawa kapcai.
“Jika kerajaan ini benar-benar sebuah kerajaan reform, maka subsidi pukal harus dirobek.
“Peruntukan subsidi yang sedang dinikmati oleh golongan maha kaya harus dipindah kepada golongan B40. Boleh dalam bentuk tunai secara bulanan,” kata Adrian lagi.
Baca :
Siti Nurhaliza dinasihat peminat, tapi lucu pula tak pasal-pasal nama Aina Abdul kena ‘petik’
“Tergamak Shila herdik mak dengan kata-kata kesat, Allahuakbar” – Ibu Shila Amzah