Realtime website trackingweb stats

Rupanya kentut berlebihan tanda penyakit, ini cara kenal pasti

Oleh ABDULLAH HAMID

Perbuatan kentut adalah satu keadaan normal yang kebiasaannya berlaku apabila kandungan gas berlebihan wujud di dalam usus besar manusia.

Memiliki bau yang busuk, gas ini akan berkumpul di dalam usus manusia sebelum dikeluarkan dari badan dalam bentuk ‘kentut’ sejurus selepas otot anus melonggar.

Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad berkata, gas itu adalah sebahagian dari proses pencernaan dan tindak balas aktiviti bakteria dalam saluran usus besar.

Namun menurut Dr Zubaidi, mereka yang kentut dengan terlalu kerap mempunyai kemungkinan bahawa badan menunjukkan petanda masalah yang lebih serius.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook milik Dr Zubaidi, berikut adalah antara masalah atau penyakit yang mungkin dihidapi oleh mereka.

Rupanya kentut berlebihan tanda penyakit, ini cara kenal pasti

1. Perubahan pemakanan

Proses pencernaan boleh berubah sekiranya kita melancong ke negara asing dan hidangan disediakan pula sangat berbeza dengan makanan yang sering dimakan.

Keadaan ini boleh menjadi punca lebih banyak gas dihasilkan di dalam usus besar lalu menyebabkan manusia kentut dengan lebih kerap daripada kebiasaannya.

2. Makanan berangin

Hidangan jenis berkanji sebenarnya menghasilkan gas yang lebih banyak di dalam usus besar manusia terutamanya makanan berasaskan ubi keledek dan ubi kentang.

Makanan yang masam, bersantan dan pedas turut menjadi punca penghasilan gas berlebihan manakala hidangan berprotein pula menyebabkan kentut menjadi lebih busuk.

3. Alahan pada susu.

Mereka yang mengalami alahan protein susu atau masalah intoleransi laktosa dinasihatkan untuk mengelakkan hidangan atau minuman berasaskan susu.

Hal ini kerana, keadaan ini menyebabkan penghasilan gas menjadi berlebihan di mana abdomen manusia akan menjadi kembung, memulas dan kentut lebih banyak.

4. Penyakit Celiac

Masalah pencernaan ini akan dialami oleh pesakit yang mempunyai alahan pada makanan diperbuat daripada gluten seperti protein di dalam gandum dan oats.

Selain abdomen kembung, mereka yang mengalami masalah ini akan merasa perut memulas dan sering kentut selepas menikmati hidangan berasaskan gluten.

6. Sindrom gangguan usus (IBS)

Sindrom ini adalah masalah gangguan pada sistem pencernaan tanpa sebab spesifik yang mengakibatkan sakit perut, gas berlebihan, kentut dan cirit-birit.

Keadaan ini sering berlaku terutamanya setelah waktu makan di mana pesakit akan rasa tidak selesa dan terpaksa berulang-alik ke tandas dengan kadar yang kerap.

Baca juga: Cara mujarab hilangkan kesan gam yang sukar tanggal di cermin kereta, guna mayonis pun boleh!