Rupanya kena buat macam ni, barulah pucuk ubi kekal segar & cantik

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pucuk ubi sangat sedap apabila dimasak dengan pelbagai jenis hidangan.

Biasanya, apabila dicelur, ia sering digunakan dalam hidangan seperti pecal, gado-gado, atau dimakan bersama sambal belacan dan budu.

Namun, pernahkah anda mengalami bahawa apabila anda menggoreng, sayuran ini berubah warna menjadi coklat dan pucat?

Rupanya kena buat macam ni barulah pucuk ubi kekal segar cantik

Ia pasti tidak kelihatan kurang menarik.

Melalui perkongsian oleh Puan Razilah Said, beliau berkongsi petua dari arwah ibunya yang disayangi untuk memastikan sayur yang direbus tetap hijau dan menarik.

Jom cuba!

Teknik celur pucuk ubi dengan betul

Cara-cara mencelur dengan betul:

1. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan sayur dan taburkan garam kasar.

2. Gaulkan sayur sehingga lembut.

3. Selepas itu, toskan airnya dan bilas dengan air sejuk sambil ramas-ramas.

4. Perahkan sayur tersebut untuk mengeringkan airnya.

Bahan-bahan:

• Pucuk daun ubi/sayur paku/tauge/daun cekor yang muda (boleh campur kalau suka)
• Kelapa muda (diparut)
• Cili padi
• Isi cekor/kencur
• Belacan bakar
• Udang kering/ikan bilis
• Bawang merah

Cara-cara:

1. Hancurkan atau tumbuk semua bahan kecuali sayur.

2. Keringkan bahan yang telah dihancurkan sehingga tiada air lagi. Kemudian tambahkan gula dan garam serta perasa jika suka.

3. Campurkan pula kelapa parut, kacau rata dan biarkan sejuk.

4. Terakhir, masukkan sayur yang telah dipotong.

5. Gaul rata dan hidangkan.

Baca:

Ingat drama Cili Padi? Ini keadaan terkini Jaafar Onn, sama-sama kita doakan

Air balang dengan harga RM1 ‘licin’ setiap hari

‘Misteri’ parcel hilang dah tahu punca, ini sebabnya mak bapak diminta libas anak pakai ‘hanger’