Cermin sisi adalah salah satu komponen paling penting pada sesebuah kenderaan.
Ia bukan sahaja berfungsi untuk memantau keadaan jalan raya, tetapi juga sebagai panduan ketika memarkir kereta.
Namun, ramai pemandu hari ini yang memandang remeh dan tidak mengambil berat tentang kedudukan sebenar cermin sisi kereta mereka.
Di TikTok, seorang individu yang dikenali sebagai Mr. Alan berkongsi petua mudah untuk membetulkan cermin sisi kereta.
Menurutnya, tip ini boleh membantu mengurangkan titik buta pada cermin sisi dan memudahkan pemandu di jalan raya.
“Ramai orang masih tidak tahu cara yang betul untuk mengubah kedudukan cermin sisi. Hari ini, Alan ingin berkongsi tip dengan anda.
“Pertama, jangan ubah kedudukan cermin sisi anda 50/50. Cara yang betul adalah dengan mengubah cermin sisi anda sehingga anda boleh melihat pemegang pintu depan kereta.
“Untuk sisi pemandu, buat perkara yang sama—ubah sehingga anda boleh melihat pemegang pintu depan.
“Dengan cara ini, ia akan mengurangkan titik buta pada cermin sisi kereta anda,” kongsinya.
BACA: Cara mudahkan anak darjah 1 tukar jadual sendiri, pasti pandai tanpa bantuan ibu bapa