Realtime website trackingweb stats

Rupanya ini penjelasan paling logik kenapa perlu ada tandas VIP di masjid, nak pertikai silakan

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Setiap individu memiliki kedudukan yang berbeza dalam tangga sosial.

Contohnya, mereka yang menduduki pangkat tinggi dalam organisasi terkemuka akan mendapat penghormatan yang lebih, dan individu yang diiktiraf sebagai tokoh atau golongan intelektual negara akan diberi penghargaan.

Namun, bagi individu yang beragama Islam, umumnya diketahui bahawa kedudukan setiap muslimin dan muslimat adalah sama di sisi Allah SWT, iaitu sebagai hamba.

Rupanya ini penjelasan paling logik kenapa perlu ada tandas VIP di masjid, nak pertikai silakan

Sehubungan dengan itu, baru-baru ini, timbul persoalan di laman Facebook mengenai keperluan untuk menyediakan tandas khas bagi kegunaan orang berkepentingan (VIP) di masjid dan surau.

Tandas VIP seperti itu biasanya terdapat di masjid utama di sekitar ibu negara dan negeri.

“Kenapa kena ada tandas VIP di masjid? Bukan ke kita semua sepatutnya sama taraf apabila di rumah ibadat umat Islam?” soal seorang pelayar di laman Facebook.

Topik yang ditekankan itu berjaya menarik perhatian warganet yang juga turut berkongsi persoalan yang sama.

“Betul tu, nanti semua akan ke kubur juga. Kita masing-masing manusia, mengapa harus ada double standard begini? Inilah keadaan negara kita sekarang,” ujar warga maya berceloteh.

Namun, pandangan buruk yang timbul itu berjaya diterangkan dengan jelas oleh pengguna lain melalui penjelasan yang munasabah.

Rupanya ini penjelasan paling logik kenapa perlu ada tandas VIP di masjid, nak pertikai silakan

“Konsepnya adalah kita meraikan golongan yang patut diraikan. Seperti ibu bapa kita di rumah, meraka pastinya tidur di dalam master bedroom (bilik tidur utama), setaraf dengan tanggungjawab mereka sebagai tulang belakang keluarga.

“Sama juga dengan imam, bilal dan penceramah jemputan, mereka ni adalah orang-orang hebat yang tebal ilmu di dada, maka kita raikan mereka. Tandas VIP adalah salah satu contohnya.

“Ramai yang nak keistimewaan VIP, tapi tak mahu memikul tanggungjawab seperti seorang VIP. Syurga nanti pun ada tujuh tingkatnya, kalau amalan kamu semasa di dunia cemerlang terbilang, maka dapatlah syurga tingkat teratas.

“Lagi satu imam, bilal dan seangkatannya adalah orang ‘kuat’ masjid. Setiap hari mereka ada jadual pandat, tandas VIP mungkin sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan mereka ketika tandas tengah ramai orang,” jelas warga maya.

Baca:

Polis Evo 3 kutip RM50 juta tapi 3 filem ini paling rugi, nombor 2 tu pun pasal polis

“Dengan kekerdilan diri, saya mohon maaf kepada Siti Nurhaliza” – Mufti

“Dengan kekerdilan diri, saya mohon maaf kepada Siti Nurhaliza” – Mufti