Walaupun artis-artis terkenal, baik dari dalam mahupun luar negara, sering dikenali dengan nama panggung yang glamor,
Ramai yang tidak tahu bahawa mereka sebenarnya mempunyai nama asal yang berlainan.
Ada yang menggunakan nama panggung atas sebab tertentu, dan ada juga yang mempunyai cerita unik di sebaliknya.
Berikut adalah beberapa nama artis yang sering dikenali oleh peminat, tetapi sebenarnya menggunakan nama lain.
1. Abby Abadi
Nama penuh pelakon dan penyanyi ini adalah Arbaiyah binti Abdul Manan. Abby memulakan kariernya sebagai penyanyi pada usia 15 tahun bersama kumpulan Alpha sebelum kumpulan tersebut dibubarkan.
Dia kemudiannya menyertai kumpulan Elite yang mencapai kejayaan besar pada tahun 90-an.
2. Misha Omar
Penyanyi terkenal dari Machang, Kelantan ini yang dikenali dengan lagu “Sampai Bila” sebenarnya bukan nama sebenar. Nama asalnya ialah Samihah @ Aishah Omar.
Misha mula dikenali selepas menyertai Bintang RTM 2001 dan berjaya dengan lagu “Bunga-bunga Cinta”.
3. Bront Palarae
Pelakon kacak yang digilai ramai ini sebenarnya bernama Nasrul Suhaimin bin Saifuddin. Nama ‘Palarae’ diambil daripada nama keluarga ibunya dan dijadikan sebagai nama panggung.
4. Wak Doyok
Usahawan dan personaliti fesyen ini mempunyai nama sebenar Mohd Azwan Md Nor. Wak Doyok terkenal dengan gaya fesyen uniknya yang melibatkan janggut dan misai yang menonjol.
Nama “Wak Doyok” berasal dari panggilan rakan-rakannya, dengan “Wak” merujuk kepada nama lelaki di Malaysia dan “Doyok” yang diambil daripada populariti filem Doyok dan Kadir di masa kecilnya.
5. Lady Gaga
Penyanyi terkenal ini dilahirkan dengan nama Stefani Joanne Angelina Germanotta. Nama “Lady Gaga” muncul selepas produser muziknya, Robert Fusari, memberi idea berdasarkan lagu ikonik Queen, “Radio Ga Ga”.
6. P!nk
Alecia Beth Moore Hart, lebih dikenali dengan nama P!nk, mendapat nama ini selepas terinspirasi oleh watak Mr. Pink yang dimainkan oleh Steve Buscemi dalam filem Reservoir Dogs.
P!nk juga berkata dia memilih nama itu selepas bertemu Steve Buscemi secara kebetulan di New York.
7. Cardi B
Nama asal Cardi B adalah Belcalis Marlenis Cephus. Nama “Cardi B” datang daripada jenama alkohol “Bacardi”, yang merupakan inspirasi daripada nama adiknya, Hennessy.
Cardi B kemudian memendekkan nama tersebut kepada “Cardi B” di mana “B” bermaksud apa saja, bergantung pada hari itu—cantik atau pembuli.
Selain mereka, ada lagi beberapa artis yang menggunakan nama panggung, seperti The Weeknd (Abel Makkonen Tesfaye), SZA (Solána Imani Rowe), dan Akon (Aliaune Damala Bouga Time Puru Nacka Lu Lu Lu Badara Akon Thiam).
Nama-nama glamor ini menyimpan pelbagai kisah menarik di sebaliknya yang menjadikan mereka lebih unik dan dikenali di dunia sen
BACA: Walaupun bapa tinggalkan harta pusaka yang banyak, waris Ananda Krishnan pula tinggalkan harta dunia