Realtime website trackingweb stats

Rupanya Ini Fungsi ‘Petak Empat Segi’ Pada Mesin Basuh “Front Loading”

Oleh AHMAD ISMAIL

Secara umumnya, salah satu peralatan elektrik yang pasti menjadi keperluan di setiap isi rumah adalah mesin basuh.

Bagi mereka yang sudah berkeluarga, membeli mesin basuh merupakan satu pelaburan yang sangat berbaloi.

Dengan adanya peralatan tersebut, kerja-kerja mencuci pakaian tentu bertambah mudah.

Seiring dengan peredaran zaman, mesin basuh front loading mula menjadi pilihan orang ramai kerana mesin basuh ini dikatakan lebih mesra fabrik.

Selain itu, mesin basuh ini juga mudah ditempatkan pada mana-mana ruang kerana atas faktor rekaan pintu dan saiznya.

Rupanya Ini Fungsi ‘Petak Empat Segi’ Pada Mesin Basuh “Front Loading”

Jika anda memiliki rumah berkeluasan kecil, mesin basuh front loading tidak akan mengambil ruang yang banyak seperti mesin basuh top loading.

Fungsi bahagian berbentuk empat segi pada mesin basuh front loading ramai tak tahu

Malah, anda juga boleh meletakkan mesin pengering atau menyusun botol-botol sabun pada bahagian mesin basuh jenis ini.

Akan tetapi, mesin basuh front loading memerlukan kos pembaikan yang tinggi sekiranya ia tidak dirawat dengan betul. Jika tidak dibersihkan secara berkala, ia boleh mempengaruhi kualiti basuhan dan merosakkan pakaian anda.

Ada bahagian-bahagian tertentu mesin ini perlu diberi perhatian selalu kerana boleh mempengaruhi fungsi mesin basuh tersebut.

Salah satunya bahagian berbentuk petak empat segi pada bahagian bawah pintu mesin basuh front loading. Anda mungkin tertanya-tanya, apa fungsinya, kan?

Menurut pemilik akaun TikTok @abgletriqq, bahagian tersebut menempatkan komponen filter yang sangat penting untuk sesebuah mesin basuh jenis front loading.

Kenapa perlu jaga filter dan sentiasa perlu buang air dari mesin basuh

Menurut @abgletriqq, setiap mesin basuh front loading mempunyai filter dan paip untuk mengeluarkan lebihan air yang tertinggal selepas mencuci pakaian.

Sebenarnya, fungsi filter mesin basuh ini dapat memerangkap duit syiling yang jatuh dalam pertengahan drum atau habuk yang boleh mempengaruhi proses cucian pakaian dalam mesin basuh.

Ujar @abgletriqq lagi, pakaian boleh menjadi bau masam atau berbau busuk sekiranya anda tidak membersihkan kedua-dua alat ini.

Dalam pada itu, sekiranya anda ingin membuka filter tersebut, pastikan anda mengeluarkan air daripada paip terlebih dahulu kerana ia akan menyebabkan masalah air keluar tanpa henti nanti.

Jadi, itulah sebenarnya fungsi bahagian petak empat segi yang ada pada mesin basuh jenis front loading. Anda juga boleh rujuk video @abgletriqq di bawah untuk memahami lebih lanjut tentang komponen tersebut.

BACA: Betul ke kepala burung hantu boleh berputar 135 darjah? Ini fakta yang korang kena tahu