Ramai yang beranggapan bahawa nasi putih hanya sedap jika menggunakan beras import atau beras wangi.
Namun, nasi putih juga boleh menjadi sedap dan berbau wangi walaupun menggunakan beras biasa.
Malah, kebanyakan kedai makan terkenal menggunakan teknik tertentu untuk menghasilkan nasi putih yang menyelerakan.
Para suri rumah boleh mencuba rahsia memasak nasi putih seperti di hotel dan restoran terkenal yang dikongsikan oleh Chefadzhaishak413 di YouTube.
Menurut Chefadzhaishak, teknik ini sering dilakukan di rumah untuk memberikan kelainan rasa pada hidangan harian.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
1. Cuci bersih tiga cawan beras dan masukkan tiga cawan air. Pastikan anda menggunakan sukatan cawan yang sama.
2. Kemudian tambahkan satu sudu besar minyak masak dan satu sudu besar cuka bersama sedikit garam.
3. Tambahkan sehelai daun pandan ke dalam periuk.
4. Kacau kesemua bahan supaya sekata dan minyak tidak bertompok.
5. Selepas itu, anda boleh terus memasaknya.
6. Nasi yang sudah dimasak lebih lembut, berderai dan tidak lembik.
BACA:Â Mandi malam punca paru-paru berair? Akhirnya doktor ini jelaskan kekeliruan yang berlaku