Realtime website trackingweb stats

Rupanya ini amalan rahsia Siti Nurhaliza kekal relevan dalam industri lebih 20 tahun

Oleh ARIF ABDULLAH

Nama penyanyi terkenal, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, memang tidak asing lagi dalam industri muzik tempatan.

Siti telah berkecimpung dalam bidang ini lebih dari 20 tahun dan masih kekal relevan hingga kini.

Apa rahsia Siti untuk kekal bertahan selama ini?

Dalam satu wawancara di YouTube, Siti mengakui bahawa tidak mudah untuk melalui semua cabaran dan dugaan yang ada.

Perancangan yang teliti sangat penting dalam perjalanan karier.

Rupanya ini amalan rahsia Siti Nurhaliza kekal relevan dalam industri lebih 20 tahun

Dahulu, Siti bernaung di bawah syarikat rakaman tempatan, Suria Record, di mana bosnya pada waktu itu adalah seorang yang berbangsa Cina.

Bos tersebut merancang untuk masa depan Siti selama 5 tahun, termasuklah perancangan untuk menjelajah ke negara lain dan menghasilkan album tertentu.

Itulah amalan yang Siti teruskan hingga kini, walaupun dia sudah tidak bernaung di syarikat rakaman tersebut.

“Saya merancang untuk 2 hingga 3 tahun ke depan mengenai apa yang perlu dilakukan agar saya dapat kekal konsisten dalam industri. Tanpa perancangan kerjaya, sukar untuk kita tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya,” kata Siti.

Siti menambah, kejayaannya bukan hanya hasil usaha dirinya sendiri, tetapi juga sokongan daripada keluarga, pasukan kerja, industri muzik, syarikat rakaman, serta peminat dan media cetak serta elektronik. Menurut Siti, tanpa sokongan mereka, dia mungkin tidak akan berada di kedudukan ini hari ini.

Siti berterima kasih kepada peminat kerana mereka adalah sumber inspirasinya dalam menghasilkan album. Siti juga memerhatikan muzik yang disukai peminat serta trend muzik terkini.

“Saya sering mengambil idea dari peminat untuk konsert dan lagu-lagu yang mereka mahu dengar,” tambahnya.

Kita perlu sentiasa menghargai dan menjaga hubungan baik dengan semua pihak agar segala urusan dapat berjalan dengan lancar.

Menurut Siti, dunia kini semakin mencabar dan ruang untuk menjadi terkenal sangat luas. Dulu, menjadi penyanyi memerlukan penyertaan dalam pertandingan jauh dan kemudahan yang terhad.

“Peluang untuk menjadi terkenal terbuka luas, tetapi jangan salah gunakan. Jika anda berbakat dan ingin berjaya, gunakan saluran dan cara kerja yang betul,” kata Siti.

“Menjadi anak seni yang berkualiti adalah yang paling penting. Kekalkan kualiti untuk kekal lebih lama. Perlu mempunyai disiplin yang baik, menghormati orang, dan jangan cepat besar kepala. Apabila kita humble, semua orang akan suka,” tambah Siti.

BACA: Peguam dakwa pernah diganggu Da’i Syed ketika isteri sarat mengandung anak pertama