Rupanya hanya guna daun betik, lalat pun lari! Memang menyakitkan hati bila tengah syok nak makan, tiba-tiba ada rombongan lalat yang ‘menumpang’ sekali. Bukan setakat menjijikkan, malah lalat boleh menjadi punca kepada keracunan makanan apabila ia bertelur dan meninggalkan kuman pada makanan yang terdedah.
Bagi pemilik kedai makan atau warung, masalah lalat ini bukan main-main — ia boleh menjejaskan reputasi perniagaan dan membuat pelanggan lari.
Tapi, ada satu petua mudah dan semula jadi yang dikongsikan oleh Ellyna Merican di TikTok, yang bukan sahaja berkesan menghalau lalat, malah menambah seri di meja makan anda.
Daun Betik + Garam = Lalat Lari!
Ellyna mula mengamalkan petua ini selepas rumahnya sendiri ‘diserang’ lalat. Sejak itu, dia tak menoleh ke belakang — rumah bebas lalat dan meja makan nampak makin berseri!
Nak cuba juga? Ini cara-caranya:
✅ Bahan-Bahan:
- 2 hingga 3 tangkai daun betik segar
- Garam kasar
- Pasu kecil berisi air
🛠 Cara-Cara:
- Ambil daun betik segar yang masih hijau dan tidak layu.
- Potong sedikit hujung batang daun, supaya ia boleh menyerap air.
- Masukkan daun ke dalam pasu kecil yang telah diisi air.
- Taburkan sedikit garam di atas permukaan daun.
- Letakkan pasu tersebut di atas meja makan, dapur atau mana-mana ruang yang selalu dihurung lalat.
🌿 Kenapa Daun Betik?
Daun betik mengeluarkan bau semula jadi yang tidak disukai lalat, dan apabila ditambah dengan garam, ia menjadi penghalau serangga yang berkesan — tanpa bahan kimia!
Bukan setakat berkesan halau lalat, hiasan daun betik dalam pasu kecil ini juga boleh jadi elemen dekorasi semula jadi yang segar dan unik untuk meja makan anda.
Jadi kalau anda ada masalah dengan lalat di rumah atau kedai makan, cuba dulu petua tradisional ini — mudah, murah dan berkesan!
BACA LAGI :
Ini cara nak dapatkan benih betik berkualiti sebelum tanam
Tip semai anak betik, hanya pilih biji yang ada ciri ini
Ramai terkejut gadis ini turun berat badan sampai 40kg tak sampai sebulan, ini rahsianya