Realtime website trackingweb stats

Rupanya elok beli telur di pasaraya, ini tips mahu untung beli lauk mentah

Oleh ADINDA

Mungkin ramai tak tahu rupanya lebih elok beli telur di pasaraya berbanding di kedai runcit yang tidak ada aircond.

Lebih untung juga rupanya beli ayam bersaiz tidak terlalu besar. Mengapa? Ikuti tips penuh dari perkongsian dari @snfkitchen_90 ini:

“Tip bila beli lauk mentah yang berguna untuk anda:*

1. Tip beli telur

Beli telur di pasaraya berbanding kedai runcit kerana di pasaraya, jangka hayat telur segar lebih lama berbanding di kedai runcit. Perbandingan ini hanya sah jika kedai runcit berdekatan anda tiada aircond.

Ini kerana, telur yang berada dalam suhu bilik sahaja membuatkan ia cepat rosak, merekah, busuk atau kuning telur cair bila dipecahkan.

Bukan itu sahaja, telur di pasaraya mempunyai banyak pilihan telur termasuklah telur hygiene. Telur hygiene boleh disimpan terus dalam peti sejuk.

Nak makan telur segar setiap hari, cuba tambah telur setiap minggu. Yang penting, simpan dalam peti sejuk untuk kekal segar.

2. Tip beli ayam

Beli ayam saiz kecil berbanding besar. Saiz ayam yang besar memang nampak untung kerana dapat banyak isi tapi hakikatnya, anda akan dapat banyak lemak tepu yang akan dibuang nanti.

Jadi, sebenarnya anda hanya bayar lebih untuk lemak tepu ayam. Saiz kecil ayam lemak tepunya pun sedikit saja. Jadi tidak banyak membazir.

3. Tip beli hasil laut

Makanan laut di pasaraya lebih mahal untuk sekilo berbanding kedai runcit. Cuba bandingkan harga seafoods di tempat masing-masing. Jika di tempat saya, udang dan sotong berbeza harga dalam RM5 -RM8 juga. Nak lagi berbaloi, beli di pasar borong.

Jika membeli ikan siakap dan ikan talapia, boleh beli di pasaraya kerana lagi murah sebab dijual dengan harga tetap per ekor, bukan per kilo.

Baca:

Highway WCE dah buka, hanya 15 minit ke Kapar, tol percuma 43 hari

5 negara ini rupanya ada cuti wanita sakit haid teruk, Malaysia bila lagi?

“Akhirnya saya menyesal beli Vellfire” – Luahan jujur bekas pemain bola sepak Kedah