YouTube merupakan salah satu aplikasi yang sentiasa menarik perhatian pengguna.
Mana tidaknya, semua lagu atau muzik video boleh diakses di dalam aplikasi tersebut.
Namun, skrin telefon tidak boleh ditutup semasa membuka YouTube kerana ia
akan menghentikan video yang sedang dimainkan, kecuali jika anda melanggan pelan premium.
Tapi jangan risau, ada trik yang dikongsikan oleh Amirul Adli ini yang boleh membantu anda ‘melayan’ lagu sambil skrin telefon ditutup.
Khusus untuk pengguna Android, anda hanya perlu mengikuti lima langkah berikut:
1.Pergi ke Setting
2.Cari Special Features
3.Klik Video Toolbox
4.Klik Manage App
5.Tandakan aplikasi yang anda mahu
Jom tonton video di bawah ini untuk mengetahui cara mengaktifkan tetapan tersebut.
BACA: Ini cara paling cepat sental bekas plastik berminyak ‘confirm’ bersih!