Kadang-kadang, walaupun kita telah mengira dengan teliti jumlah nasi yang hendak dimasak mengikut bilangan ahli keluarga, masih ada lebihan nasi yang tidak dimakan.
Jadi, apa yang patut anda lakukan dengan nasi yang berlebihan itu? Adakah lebih baik menyimpannya untuk dipanaskan semula pada waktu makan berikutnya?
Memang benar, anda boleh memanaskan semula nasi yang telah dimasak, tetapi terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda perhatikan.
Ini kerana, risiko keracunan makanan bukan berpunca daripada cara anda memanaskan nasi tersebut,
tetapi lebih kepada bagaimana anda menyimpan lebihan nasi itu sebelum memanaskannya semula.
Oleh itu, amat penting untuk memastikan nasi disimpan dengan cara yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan.
Idealnya, sajikan nasi dalam keadaan panas sejurus selepas dimasak dan habiskan segera. Jangan biarkan nasi sejuk pada suhu bilik dalam keadaan terbuka lebih daripada 1 jam.
Jika ada nasi yang tersisa, segera sejukkan dengan membahagikannya dalam bekas makanan kecil, tutup rapat, dan simpan terus dalam peti sejuk atau peti beku.
Lakukan ini dalam masa 1 jam selepas nasi dimasak. Simpan nasi dalam peti sejuk tidak lebih daripada 1 hari sebelum dipanaskan semula.
Ikuti tips di bawah ini ketika memanaskan nasi sebelum dihidangkan kembali.
1. Dengan microwave
Letakan nasi dalam bekas terbuka yang boleh diletakkan dalam microwave.
Tambahkan 1-2 senduk makan air.
Panaskan selama 3-4 minit dalam suhu 73º Celsius. Jika tidak yakin, gunakan termometer makanan.
Sajikan segera.
2. Dengan menumis
Tumis nasi atas periuk yang sedikit berminyak dalam api sedang.
Nasi yang sudah sejuk biasanya bergumpal.
Oleh itu, kacau nasi sehingga gumpalannya terpisah.
Pastikan suhu dalam nasi setidaknya 73 darjah celcius.
Sajikan segera sewaktu masih hangat.
3. Dengan mengukus
Isi alat kukus dengan separuh air. Tunggu hingga mendidih.
Masukkan nasi baki yang sudah anda tempatkan dalam mangkuk stainless.
Tutup kukusan dan panaskan nasi dengan menyeluruh, kacau sesekali.
Sajikan segera sewaktu panas.
Sewaktu anda memanaskan nasi, selalu periksa bahawa nasi anda benar-benar panas mengepul keseluruhannya (hingga ke bahagian bawah nasi). Jangan panaskan nasi lebih dari satu kali.
BACA: Menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, akhirnya Polis buka mulut kes Muhyiddin