Realtime website trackingweb stats

Rupanya ada sebab bengkel orang Melayu susah buat duit macam bangsa lain, pemuda ini kongsikan

Oleh NURAIMAN

Seorang pemuda mendedahkan mengapa bengkel orang Melayu sangat susah mahu buat duit tak macam bengkel orang Cina.

Bukanlah disebabkan kawan-kawan suka berhutang apabila datang ke bengkel kawan, tapi sebenarnya ada sebab paling besar di belakangnya.

Perkongsian oleh seorang individu Naz Modenas melalui laman Facebook miliknya ini pernah tular empat tahun lalu dan mendapat perhatian warganvet.

Tetapi, ianya perlu dibaca dan dilihat dari sisi sebaliknya untuk anda mendapat jawapan yang sebenar. Kami kongsikan artikel tersebut di bawah.

Kenapa bengkel motor orang Melayu tak kaya?

Rupanya ada sebab bengkel orang Melayu susah buat duit macam bangsa lain, pemuda ini kongsikan

Hari tu aku ada terbaca satu status “kenapa bengkel motor orang Melayu tak kaya macam bengkel bangsa-bangsa yang lain”.

Dan apa yang dinyatakan dalam penulisan tu memang betul.

Aku pergi ke bengkel motor besar.

Aku baru cerita masalah brek aku, belum apa-apa lagi dia dah jawab. Ini barang sudah rosak, kena tukar baru. Fuh hebat. Dia tengok pon tak.

Memang ilmu di luar jangkaan ni. Terpaksa tangguh nak baiki sebab duit memang tak cukup masa tu.

Saja menyinggah di bengkel kawan. Bengkel yang kecil dan kalau tengok dari luar, memang tak gah di mata orang ramai.

Aku ceritalah motor ni ada masalah itu ini. Terus die cangkung nak tengok.

Lepas tu bermacam spanar dia ambil. Aku dah pisang. Terfikir dalam otak boleh ke dia buat? Aku tengah tak ada duit ni.

Nampak gaya masuk hutang dulu lah. Member-member kan. Bersusah payah aku tengok dia dok tekan brek tu. Kejap buka kejap pasang. Macam-macam dimodifikasikannya.

Sampailah akhirnya berjaya. Brek dah ok balik. Bukan setakat tu je, dia siap bagi penerangan lagi kenapa boleh rosak.

Brek tu tekanan tak kuatlah, sumbatlah, bla bla bla bla. Banyak sebab. Paling tak boleh blah sebab lama tak tekan brek belakang.

Silap aku juga selama 4 tahun aku guna motosikal ni memang tak pernah aku tekan pun.

Tiba saat aku tanya berapa harga keseluruhan stelah berejam berhempas pulas, berhabis sebotol minyak dot 4. Habis keluar peluh kat badan. Habis masa yang digunakan.

Dia cuma minta RM35 je

Habis barang yang dimodifikasi dan diganti, dia cuma minta RM35 je. Allahu.

Dia siap suruh anaknya belikan aku air Milo ais dengan nasi lemak masa menunggu.

Padahal kedai yang sebelum ni minta ratusan ringgit. Nak rasa dijamu air? Selagi kos tak capai beribu, memang idok ler.

Terasa hinanya aku sebagai seorang “member” bila timbul rasa tak yakin dan nak berhutang dalam perniagaan. Sedangkan aku pon seorang ahli perniagaan.

Boleh dikatakan setiap hari aku dengar perkataan “inilah Melayu, harga yahudi, nak pergi haji balik hari, servis out” dan macam-macam lah.

Diherdik, diperli, dihina, ada sahaja yang tak kena. Ada sahaja yang salah.

Sebelum balik aku tanya dia ok ke RM35? Dia jawab, “tanya lagi sekali jadi RM350”. Haru betul. Aku rasa macam tak puas hati.

Baca juga: 25 tahun berhabis RM500,000 demi menjadi ibu, akhirnya hamil di usia 53 tahun