Realtime website trackingweb stats

Rupanya ada rahsia disebalik 10 jenama terkenal yang orang biasa tak tahu

Oleh ABDULLAH HAMID

Terdapat banyak jenama yang memaparkan logo yang ikonik sehingga ia menjadi sinonim dengan produk yang mereka hasilkan.

Namun, ramai tidak menyedari bahawa logo-logo ini sebenarnya mempunyai kisah dan makna tersendiri.

Berikut adalah 10 logo jenama terkenal yang mungkin anda tidak tahu cerita di sebaliknya.

#10 Apple

Rob Janoff adalah individu di sebalik reka bentuk logo ikonik ini. Menurutnya, gigitan yang ditunjukkan dalam logo itu sebenarnya bertujuan membezakan bentuk epal dan ceri.

Rupanya ada rahsia disebalik 10 jenama terkenal yang orang biasa tak tahu

#9 Toyota

Nama syarikat pengeluar kenderaan terkemuka ini berasal daripada nama keluarga pengasasnya, Toyoda. Jika diperhatikan dengan teliti, logo itu mempunyai semua huruf ejaan Toyota.

#8 VAIO

Anak syarikat Sony ini menjual komputer riba. Ada banyak elemen yang dimasukkan ke dalam rekaan logonya. Dua huruf pertama mewakili bentuk gelombang digital, manakala dua huruf terakhirnya yang kelihatan seperti angka 1 dan 0 sebenarnya adalah gabungan antara analog dan digital.

#7 Hyundai

Ramai menganggap huruf pangkal ejaan Hyundai adalah H, tetapi ia sebenarnya gambaran dua individu – jurujual Hyundai bersalaman dengan pelanggan.

#6 Amazon

Lihatlah anak panah di bawah perkataan Amazon. Ia menggambarkan tujuan utama Amazon iaitu menyediakan segala keperluan daripada A hingga Z!

#5 Continental

Sebagai sebuah syarikat pembuatan tayar, Continental memaparkan logo yang ringkas tetapi bijak. Jika anda perhatikan dengan teliti, anda akan mendapati bahawa dua huruf pertama logo itu membentuk roda kereta.

#4 Toblerone

Salah satu pengeluar coklat tertua dan vintaj, Toblerone adalah syarikat dari Switzerland yang beroperasi di Bern. Jika diperhatikan dengan teliti, anda akan dapati logo itu menggambarkan pergunungan Alps dan terdapat juga imej beruang di dalamnya kerana Bern terkenal sebagai kota beruang.

#3 BMW

BMW mula mengeluarkan kapal terbang pada tahun 1916 sebelum bertukar menjadi pengeluar kereta mewah. Ramai berpendapat corak kotak-kotak pada logo itu menggambarkan bilah kipas pesawat yang berputar. Namun sebenarnya, rekaan itu disalin daripada bendera Bavaria, sebuah negeri di Jerman di mana syarikat itu bertapak.

#2 Domino’s Pizza

Terdapat kisah menarik di sebalik logo syarikat piza terkenal ini. Pelajar kolej, Tom Monaghan, meminjam AS$1,900 untuk membeli sebuah restoran piza yang dikenali dengan nama Dominic’s Pizza.

Lima tahun kemudian, Tom membeli dua buah kedai lain di lokasi berbeza untuk mengembangkan perniagaannya. Namun, bekas pemilik restoran menolak permintaan Tom untuk terus menggunakan nama asal restoran itu, lalu Tom menukar nama kepada Domino’s Pizza.

#1 Unilever

Unilever sebenarnya adalah konglomerat yang mengeluarkan lebih daripada 400 barangan pelbagai kegunaan. Logonya sebenarnya terdiri daripada 25 simbol kecil yang kompleks, masing-masing mempunyai makna tersendiri yang mewakili produk keluaran syarikat tersebut.

BACA: Akhirnya terjawab kenapa bateri selalunya dipasang dengan susunan berlawanan