Realtime website trackingweb stats

Rupanya ada cara nak dapatkan isi kerang montok dan bersinar

Oleh SHAZLIN AZIZ

Kerang merupakan salah satu makanan laut yang digemari ramai.

Tidak perlu resipi yang rumit untuk menikmatinya—cukup direbus bersama serai ketuk dan dicicah dengan air asam, sudah mampu membuka selera.

Namun, pasti rasa kecewa apabila kerang yang besar kelihatan menarik, tetapi isinya mengecut selepas dimasak.

Jangan bimbang! Berikut adalah tip yang dikongsi oleh CT Nazura Kitchen untuk mendapatkan isi kerang yang cantik, padat, dan menggoda selera.

Tip Memasak Kerang Agar Isi Montok dan Berkilat

Rupanya ada cara nak dapatkan isi kerang montok dan bersinar

Basuh kerang sehingga bersih, kemudian toskan.

Ketuk dua batang serai, hiris halia, dan kupas tiga ulas bawang merah.

Masukkan bahan-bahan ini ke dalam periuk berisi air. Pastikan jumlah air cukup untuk menenggelamkan semua kerang.
Didihkan air, kemudian masukkan sedikit garam.

Masukkan kerang yang telah dibersihkan ke dalam periuk dan biarkan mendidih seketika. Selepas itu, kacau kerang dan tutup api.

Taburkan daun kunyit dan cili untuk aroma dan rasa yang lebih menyelerakan.

Tip Tambahan

Sediakan bekas berisi ais batu dan tambahkan dua sudu besar cuka. Selepas kerang direbus, toskan dan masukkan ke dalam bekas ais batu selama seminit.

Hasilnya, isi kerang bukan sahaja mudah dikopek tetapi juga montok dan berkilat!

Selamat mencuba resipi ini dan nikmati kerang dengan penuh kepuasan!

BACA: Akibat gagal lunas hutang RM 1juta, MARA fail Che Ta dan anak lelaki bangkrap