Timun adalah sayur yang sangat popular kerana kerangupan dan rasanya yang menyegarkan.
Sayuran ini sesuai dijadikan snek sihat, ulam, atau pelengkap hidangan sandwich, yang menambah rasa dan nutrisi pada hidangan anda.
Menurut perkongsian Nurul Shima di Facebook, wanita itu telah berkongsi beberapa tip untuk memilih timun yang baik
ketika membeli di pasar. Perbandingan dibuat menerusi dua keping foto timun yang dilabel sebagai Timun A dan Timun B.
Timun A:
1. Warna Hijau Muda: Hujung batang timun yang berwarna hijau muda (terang) menunjukkan tekstur sayur tersebut masih rangup.
2. Sentuhan: Sentuh timun untuk memastikan ia terasa pejal atau keras, menandakan sayur tersebut baru dipetik dan berjus.
Timun B:
1. Warna Hijau Tua: Hujung batang timun yang berwarna hijau tua (gelap) menunjukkan rasa sayur yang mungkin sudah pahit.
2. Kelembikan: Timun yang lembik dan berkerut menunjukkan bahawa ia telah lama disimpan atau mula rosak dan kurang berjus.
Kesimpulannya, timun yang memiliki ciri-ciri seperti Timun A adalah pilihan yang lebih baik sebelum anda membeli.
Shima juga menambah bahawa timun bersaiz besar lebih berjus dan berair untuk dimakan.
Namun, timun yang besar tidak sesuai untuk dijadikan jelatah, salad, atau ulam-ulaman.
BACA: Kalau jumpa duit syiling tepi jalan, ini sebab ramai sarankan jangan kutip, risau ini yang jadi