Realtime website trackingweb stats

Roti telur menu sarapan keluarga, sekejap je confirm habis

Oleh ABDULLAH HAMID

Selalu kita buang roti yang masih banyak sebab tak habis.

Untuk mengelakkan pembaziran, kalau ada roti luput tarikh di rumah, boleh cuba resepi ni.

Dalam artikel ini, anda akan mempelajari petua dan resipi daripada Puan Cheyah Saripuddin iaitu cara membuat roti telur sebagai menu sarapan untuk keluarga anda.

Roti telur menu sarapan keluarga, sekejap je confirm habis

Dijamin sedap dan habis.

Hanya menggunakan tiga bahan sahaja dan cara masaknya pun tak susah!

Lagi sedap apabila makan panas-panas.

Kalau dah sejuk, rasa masih sedap tapi tak sama lah macam time panas.

Tapi, buat pun senang je.

Roti, telur, dan susu je bahan dia.

Boleh tengok cara membuatnya di sini.

Bahan-bahan:

• 6 keping roti.
• 2 biji telur.
• 2 sudu susu pekat.

Cara-cara membuat:

1. Potong roti kepada empat bahagian. Kalau tak mahu potong pun tak mengapa.

2. Pecahkan dua telur dan campurkan dengan dua sudu susu pekat.

3. Gaul campuran tersebut sehingga sebati.

4. Selepas itu, ambil kepingan roti yang telah dipotong dan celupkan ke dalam campuran tadi.

5. Pastikan kedua-dua bahagian roti dicelup dengan rata.

6. Goreng tanpa menggunakan minyak atau dengan sedikit minyak sahaja.

• Penggunaan minyak yang berlebihan akan membuat roti menjadi berminyak.

• Ini juga membantu mengelakkan daripada memakan roti yang berlebihan minyak.

8. Apabila warnanya sudah keemasan, roti boleh diangkat.

9. Roti telur yang telah diangkat ini tidak akan keras. Malah, ia akan kekal lembut. Bagaimanapun, ia paling sedap dimakan semasa masih panas.

Baca:

Perkarangan mahkamah ‘meriah’, ramai ikuti perkembangan sebutan semula kes bunuh Bella

Hairan lihat pakcik macam Tugu Negara, ada 4 sebab lelaki ini tidak terus bersedekah

Ketika ramai mengaku tiada pelan kewangan berdokumen, rupanya 12 peratus rakyat Malaysia anggap mereka kaya