Realtime website trackingweb stats

Rimas najis cicak merata di rumah? Cuba guna ‘senjata’ mudah ini, terbukti berkesan

Oleh NURAIMAN

Siapa yang tak rimas dengan najis cicak merata dalam rumah. Jenuhlah beli pelekat perangkap cicak di DIY tetapi hasilnya mengecewakan.

Apa kata cuba cara mudah ini yang sudah pun terbukti boleh ‘borong’ banyak cicak.

Dapatkan satu ‘senjata’ saja iaitu solatape bersaiz besar. Murah pun murah. Boleh ulang beberapa kali sampailah cicak di rumah anda pupus!

Menurut perkongsian Ct Affaziah, cara menghapuskan cicak itu diguna di rumah kampung beliau yang ditinggalkan kira-kira tiga minggu.

“Untuk kali pertama buat, jumlah cicak yang dapat 54 ekor. Banyakkan? 1 keluarga cicak boleh melekat.

“Cuma perlu tampal merata tempat laluan cicak tau.

“Caranya hanya tampal hujung solatape saja, terbalikkan yang ada gam tu di sebelah atas.

“Cuma hujung dengan hujung saja tampal di lantai,” katanya lagi berkongsi tips yang banyak membantu orang ramai.

Baca:

Tak perlu selenggara mesin pun, pemimpin ini perjelas mengapa pemansuhan caj DuitNow QR wajar

Pelik peniaga gerai ini, tak mahu tauge pula kena caj, pelanggan anggap tak masuk akal

Kereta wira diubah jadi kereta Batman, kos cecah RM100,000, siap pintu hidraulik dan autopilot