Realtime website trackingweb stats

Rider mengeluh pendapatan makin teruk, ini nasihat orang ramai yang mungkin relevan untuk yang muda

Oleh ARIF ABDULLAH

Seorang ‘rider’ berkongsikan keluhannya mengenai pendapatan yang makin teruk diperoleh.

Dia juga, ujarnya, mewakili keluh-kesah rakan-rakan ‘rider’ yang lain.

Ini luahan rasa hatinya yang meraih hampir 7,000 tanda ‘like’ dan lebih 750 komentar menggunakan nama akaun Facebook, ‘Minyak hitam jalanan original’:

Rider mengeluh pendapatan makin teruk, ini nasihat orang ramai yang mungkin relevan untuk yang muda

“Grab dan Foodpanda semakin hari semakin teruk sangat. Orang atas tak fikir yang kita bergadai nyawa hantar oder customer hujan panas.

“Dulu satu order RM10 sampai sekarang satu order RM 4.50 sahaja. Barang-barang semua semakin hari semakin naik.

“Tapi gaji kami sebagai rider semakin hari semakin turun.

“Dulu PM cakap tunggu seminggu untuk selesaikan masalah ini. Tapi itulah dah berbulan-bulan. Saya up untuk kawan-kawan yang lain..,” katanya.

Rata-rata warganet menasihatkan ‘rider’ terutamanya anak muda supaya mencari kerja hakiki memandangkan ekonomi gig lebih sesuai sebagai kerja sambilan.

Populasi belia Malaysia berumur antara 15 hingga 30 tahun kira-kira 10 juta orang. Suka atau tidak, mencari kerja tetap merupakan jaminan kepada pendapatan untuk jangka panjang bukannya menjadi ‘rider’ sampai bila-bila.

“Kena cari income lain juga. Tak boleh nak harapkan 1 aplikasi saja. Cuba buat hantar document parcel dalam masa yang sama.

“Diri sendiri kena ada inisiatif untuk ikhtiar cari kerja lain yang majikannya lebih menghargai pekerja. InsyaaAllah, semoga dipermudah dan dimurahkan rezeki.

“Pilihan di tangan kita sendiri. Rasa tak berbaloi, pergi ke bidang atau company lain.

“Jangan harapkan benda yang tak berbaloi. Semoga para rider dilimpahkan rezeki,” demikian kata netizen.

Sementara itu, seorang pekerja gig yang mengaku sudah berusia 40-an berkongsikan apa yang dilakukanya bagi mengatasi masalah pendapatan yang kecil.

Ini pengalaman Danial yang mungkin boleh memberi semangat kepada ‘rider’ lain:

“Runner banyak cabang. Selain Grab, saya ambil job company payment monthly. Kira ada lah payment bulanan buat backup selain Grab.

“Kadang buat juga elektrik tapi jarang. Lebih kepada runner. Ya, runner banyak cabang. Kena bergaul dengan mereka bekas despatch baru dapat solusi memang banyak. Plan paling penting.

“Kadang-kadang cuti sekolah, saya buat long distance runner (delivery luar negeri).

“Saya bekas maintenance officer dulu. Mula buat runner masa PKP sampailah sekarang.

“Alhamdullilah, semua cukup. Freelance itu indah. Nak minta kerja lain pun umur dah 40-an, susah sikit,” kata Danial lagi.

Baca:

Ketika ramai mengaku tiada pelan kewangan berdokumen, rupanya 12 peratus rakyat Malaysia anggap mereka kaya

Nah ini dia rahsia kuah kari sedap, kena letak bahan 3 bahan azimat

Bontot kuali hitam? Bahan ini bantu hilangkan kerak rentung dengan mudah